10 Tahun Kaji Semua Agama Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam Nekad untuk Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Posted on

10 Tahun Kaji Semua Agama Lelaki Ate1s dan Isteri Akhirnya Masuk Islam Nekad untuk Mengucap Dua Kalimah Syahadah

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam
TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ate1s di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang ant1-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusut4n dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan kata rakannya itu.

Mula membaca Al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

Anda dah baca?Apa pendapat anda?Jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.

Sumber: Cedric Lim

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *