Gerhana matahari pada khamis ini 26.12.2019

gerhana matahari cincin

Penduduk selatan malaysia bakal menyaksikan fenomena gerhana matahari pada hari khamis ini.

Inilah apa yang telah rasulullah SAW sabdakan tentang gerhana

Dalam Kitab Shahih Bukhari,hadis nombor 1041  yang bermaksud :

Dari Qais,ia berkata:Saya mendengar Abu Mas’ud berkata:Nabi s.a.w bersabda : “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian  seseorang dari manusia ,tetapi kedua-duanya(iaitu gerhana bulan dan matahari) ialah  dua tanda dari kesemua tanda-tanda kebesaran Allah.Apabila kamu melihatnya maka berdirilah untuk mengerjakan solat gerhana”.

Di Terengganu pula akan berlaku gerhana mata hari separa bermula jam 11.24 pagi pada hari yang sama.

Pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Baharrudin Zainal berkata, gerhana anulus itu berlaku serentak, dengan bulan menyentuh pinggir barat mata hari kemudian menutupi dan meninggalkan mata hari.

Menurutnya, laluan tengah antumbra bermula seketika selepas waktu syuruk di Oman, merentasi Laut Arab mendekati ke selatan India dan seterusnya ke Sumatera tengah di Pekanbaru, sebelum berada di selatan Singapura.

Jelasnya, di Kuala Terengganu, ketika maksimum, berlaku fasa gerhana 82 peratus, iaitu paling maksimum semenjak 22 Ogos 1998.

Rakyat negeri ini dijangka mula dapat menyaksikan detik permulaan gerhana separa tersebut pada jam 11.24 pagi iaitu ketika matahari berada setinggi 51º.

Kemuncak fasa gerhana maksimum pula dijangka berlaku pada jam 1.19 tengah hari iaitu ketika ketinggian mata hari hampir 61º dan gerhana dijangka berakhir pada jam 3.15 petang.

“Apa yang menarik, berbanding dengan gerhana matahari penuh yang membolehkan hembusan gas dan semarak api mata hari, manakala ketika gerhana mata hari anular hanya lingkaran bergelang mata hari yang kelihatan,” katanya.

Umat Islam juga dianjurkan untuk menunaikan solat sunat gerhana atau kusuf bermula jam 11.24 pagi sehingga gerhana berakhir.

Artikel selanjutnya admin akan kongsikan tata cara solat gerhana matahari untuk panduan kita mengerjakan, semoga ibadah kita diterima di sisi Allah SWT… Aamiin

Semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*