Jangan lupa hari ini Solat Gerhana, Inilah TataCara Ringkas Solat Gerhana

TataCara Ringkas Solat Gerhana

Jangan lupa hari ini Khamis 26 Disember 2019, Tata Cara Ringkas Solat gerhana, Jangan sibuk nak melihat matahari berkeadaan cincin.Lagi elok dan di suruh untuk melakukan Solat Gerhana.

Fenomena Gerhana Matahari Anulus dan Separa di Malaysia pada 26 Disember 2019 bersamaan 29 Rabiul Akhir 1441H.

RINGKASAN TATACARA SUNNAH SOLAT GERHANA

Solat Gerhana

KAEDAH SOLAT:

2 rakaat, setiap rakaat 2 ruku’, serta dipanjangkan bacaan, serta dipanjangkan ruku’ dan sujud.

Rakaat pertama:
– Takbir.
– Baca al-Fatihah, kemudian baca surah panjang.
– Ruku’ lama.
– Bangun i’tidal (سمع الله لمن حمده…).
– Baca al-Fatihah, kemudian baca panjang yang kurang sedikit dari yang sebelum.
– Ruku’ lama, namun tidak selama ruku’ sebelum.
– Bangun i’tidal (سمع الله لمن حمده…).
– Sujud lama 2 kali (macam biasa, diselangi duduk antara dua sujud).
– Bangun berdiri untuk rakaat kedua.

Rakaat kedua:

– Sama seperti rakaat pertama.
– Diakhiri dengan tasyahhud dan salam.

FAEDAH TAMBAHAN:

1. Solat gerhana hukumnya sunat yang sangat dituntut (sunnah muakkadah).

2. Dituntut menunaikan solat gerhana ketika melihat proses gerhana sudah berlaku.

3. Sunnah melakukan seruan: “الصلاة جامعة!” (mari solat berjemaah!) memanggil orang ramai bersolat.

4. Keluar menunaikan solat dalam keadaan takut akan kekuasaan Allah atau hari Kiamat.

5. Dahulukan solat fardu jika bertembung waktu.

6. Jika makmum sampai masjid dan solat bersama jemaah dengan niat solat fardu, kemudian mendapati imam rupanya sedang melakukan solat gerhana, makmum perlu mufaraqah (keluar jemaah) kerana sifat (tatacara) solat yang berbeza. Setelah selesai solat fardu, bolehlah bergabung bersama jemaah solat gerhana.

7. Imam disunatkan membaca secara kuat (jahr) berdasarkan hadis riwayat al-Bukhariy, namun boleh juga dibaca perlahan (sirr).
Jika imam membaca panjang, digalakkan membaca secara kuat supaya makmum dibelakang dapat mengikuti.

8. Sebelum solat imam digalakkan untuk memberi taklimat kepada makmum tentang ringksan kaifiat solat gerhana yang akan mereka lakukan, kerana dikhuatiri menimbulkan kekeliruan disebabkan ramai masyarakat yang tidak mengetahui perihal solat gerhana ini.

9. Sunnah membaca surah panjang, sekaligus memanjangkan solat sehingga habis gerhana. Imam boleh menganggarkan berdasarkan ramalan pihak berautoriti.
Namun imam perlu meraikan suasana zaman kini yang ramai masyarakat yang jahil dan lemah iman serta tidak mampu bertahan lama dalam solat.

10. Jika tidak membaca surah selepas bacaan al-Fatihah atau terlupa baca, solat tetap sah.

11. Jika makmum terlewat datang, lalu terlepas ruku’ pertama pada mana-mana rakaat, maka dia telah terlepas rakaat tersebut. Maka perlu bangun selepas imam salam menggantikan rakaat yang terlepas, iaitu 1 rakaat ganti mengandungi 2 ruku’ (Dianggap 1 rakaat hanya jika sempat 2 ruku’ pada rakaat tersebut).

12. Digalakkan imam memberi khutbah selepas solat yang mengandungi peringatan supaya manusia kembali dan takut kepada Allah dan hari akhirat.

13. Jika masih ada masa terluang selepas tamat solat dan khutbah, digalakkan untuk terus berzikir mengingati Allah, beristighfar dan berdoa sehingga tamat gerhana.

14. Manakala jika sedang solat, gerhana pun berlalu pergi, maka hendaklah disempurnakan segera solat gerhana tersebut secara ringkas.

15. Solat gerhana lebih mulia dilaksanakan berjemaah di masjid, namun jika seseorang itu solat bersendirian, ia tetap sah.

16. Boleh bagi mana-mana wanita yang ingin menunaikan solat gerhana di masjid, dengan syarat mematuhi garis panduan syarak.

17. Jika gerhana telah berlalu, tamatlah waktu solat gerhana.

18. Disunatkan ketika gerhana untuk memperbanyakkan doa berlindung dari azab kubur, takbir dan sedekah.

ANTARA HADIS BERKAITAN SOLAT GERHANA:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ، فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ، ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الْأُولَى، ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ
مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا، ثُمَّ قَالَ: يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ! وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ! وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا!

Dari ‘Aisyah RA berkata: “Pada masa Rasulullah SAW, telah terjadi gerhana matahari. Kemudian Rasulullah SAW solat bersama masyarakat. Dalam solat, Nabi SAW berdiri dengan sangat lama.

Kemudian ruku’ yang sangat lama juga.

Kemudian baginda kembali berdiri lama, tapi lebih singkat dari berdiri yang pertama.

Lalu baginda ruku’ lagi dengan lama, tapi lebih singkat dari ruku’ yang pertama.

Setelah itu, Nabi sujud dengan sangat lama.

Baginda melakukan hal yang sama pada rakaat kedua.

Setelah solat, matahari telah kembali tampak jelas.

Setelah itu Nabi menyampaikan khutbah yang dimulai dengan memuji dan meuliakan Allah. Baginda pun bersabda: Matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Dua gerhana tersebut muncul bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Jika kalian melihatnya, maka berzikirlah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah, dan bersedekahlah!

Nabi melanjutkan peringatannya: Wahai umat Muhammad! Demi Allah, tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah terhadap hamba-Nya yang berzina. Wahai umat Muhammad! Demi Allah, jika kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian pasti akan sedikit tertawa dan banyak menangis!” [riwayat al-Bukhariy].

Dalam riwayat lain: “Kemudian Nabi memerintahkan para sahabat untuk berlindung kepada Allah dari seksa kubur” [riwayat al-Bukhariy].

Didalam riwayat lain: “Jika kalian melihat gerhana, segeralah berzikir, berdoa, dan meminta pengampunan-Nya” [riwayat al-Bukhariy].

Dalam riwayat lain: “Nabi berdiri sangat lama kira-kira seperti membaca surah al-Baqarah” [riwayat al-Bukhariy].

Dalam riwayat lain: “Aisyah berkata: Aku belum pernah sujud dalam solat lebih lama dari ia (ketika solat gerhana bersama Nabi SAW)” [riwayat al-Bukhariy].

Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*