400KM Perjalanan Suami Ini Untuk Tenangkan Diri Selepas Dimarahi Isteri.

Posted on

400KM Perjalanan Suami Ini Untuk Tenangkan Diri Selepas Dimarahi Isteri

Pertengkaran dan salah faham dalam hubungan suami isteri adalah normal . Tetapi pasangan suami isteri mestilah tahu untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan harusnya tahu menyelesaikan masalah antara satu sama lain kerana apabila kedua-duanya bertolak ansur antara satu sama lain . Rumahtangga itu akan bahagia hingga hujung hayat .

Walaubagaimanapun, seorang lelaki di Itali memutuskan untuk ‘melarikan’ diri dengan berjalan sejauh 418 kilometer (km) dengan alasan mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48 tahun itu hanya berhenti berjalan selepas ditahan oleh kereta polis peronda di Gimmara, lebih 400 km dari kampung halamannya di Como, utara Milan.

Polis mengenal pasti identiti lelaki itu menerusi laporan orang hilang yang dibuat oleh isterinya apabila dia tidak pulang ke rumah sejak seminggu lepas. Polis bagaimanapun mempercayai cerita lelaki itu namun ia tidak cukup untuk dia melepaskan diri daripada denda melanggar waktu perintah berkurung sebanyak $490 (RM1,989).

Walaupun kisah lelaki ini agak lucu, namun ia bukanlah perkara yang baik untuk dilakukan selepas kita bertengkar atau dimarahi oleh pasangan kita. Selain itu, antara perkara-perkara lain yang perlu dielakkan semasa bertengkar adalah seperti:

Mengungkit masa lalu

Seharusnya pasangan suami isteri tidak terlalu mengungkit masa lalu . Tetapi boleh sahaja pasangan suami isteri Mengungkit masa lalu tetapi biarla kenangan yang manis sahaja .Sepatutnya salah faham kecil tu boleh diselesaikan dengan mudah, tapi susah pula jadinya bila teringat semula segala kesalahan lampau. Sebaiknya kita fokus sahaja kepada isu semasa dan selesaikan dengan segera.

Merendah-Rendahkan Pasangan

Janganla kita dikuasai emosi marah sendiri , kerana kita akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik seperti merendah-rendahkan pasangan. Mungkin kita akan kata yang pasangan kita tidak berguna dan sebagainya, namun kesan daripada kata-kata kita itu sebenarnya adalah mendalam. Pasangan kita mungkin akan berasa marah ataupun berkecil hati selepas itu. Bila ia ditambah pula dengan perasaan benci, tentu semakin sukar untuk membetulkan keadaan.

Melepaskan Kemarahan Kepada Anak-Anak

Ini antara perkara yang paling pantang dilakukan dalam rumahtangga. Apabila bergaduh dengan pasangan, janganlah libatkan anak-anak dan menjadikan mereka sebagai mangsa. Kesannya mungkin kita tak nampak sekarang, tapi apabila mereka sudah dewasa tentu mereka akan kurang hormat kepada kita di atas apa yang telah kita lakukan kepada mereka sewaktu kecil. Jika timbul salah faham, sebaiknya selesaikannya di belakang anak-anak.

Oleh itu hargailah pasangan kita selagi  dia mahu bersama-sama kita kerana tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya dengan orang lain kerana kita telah banyak berkongsi rahsia atau cerita dengannya .

Sumber : Facebook 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *