Wow, 5 Langkah Mudah Cara Tanam Halia Dalam Pasu, Lepas Ni Tak Payah Beli

Cara Tanam Halia Dalam Pasu

Nak tanam halia tak perlu kawasan luas, Sediakan pasu je, ada 5 langkah mudah cara tanam halia dalam pasu. tak perlu risau semua orang boleh buat, dijamin menjadi.

Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin cara tanam halia dalam pasu supaya korang boleh petik je nanti halia yang ditanam sendiri. tak perlu susah-susah nak mintak dekat jiran sebelah atau pergi kedai nak membeli..

Bagi yang masih belum tahu, satu fakta tentang pokok halia adalah ia memang senang tumbuh dengan subur di tempat lembab. Letak benih je dah boleh tumbuh dengan jayanya.

Cara penanaman halia ini mudah. Kita boleh tanam dalam pasu atau polibeg sahaja seperti yang dikongsi oleh Nurul Ain Ben ni.

5 Langkah Mudah Cara Tanam Halia Dalam Pasu

Cara Tanam Halia Dalam Pasu

1. Ambil Mana-mana halia dan cambah benih di tepi singki pun boleh, Terus terus boleh pindahkan dalam pasu

2. Nak cari benih halia mudah, beli sahaja halia di kedai. Boleh pilih sudah ada tunas. Kalau tiada, tambahkan sahaja tepi singki atau tempat yang lembap.

Cara Tanam Halia Dalam Pasu

Cara Tanam Halia Dalam Pasu

3. Bila dah bercambah atau berputik, boleh alihkan ke pasu atau polibeg,

4. Timbus benih halia dengan sedikit tanah.

5. iram sekali sehari dan boleh dibaja 4 bulan ditanam.

Cara Tanam Halia Dalam Pasu

Jadi untuk halia muda, boleh tunggu 5 bulan boleh tuai hasil, untuk halia tua pula boleh tunggu 7-9 bulan dh boleh tuai hasil

Memang mudah kan cara tanam halia dalam pasu ni. Tak perlu beli dekat kedai dah. Boleh lah kita sama-sama jimat duit beli barang dapur. Tanam sikit-sikit pun tak apa. Memang lepas lah nak masak rendang ataupun sup dan lain-lain.

Selain dalam masakan, buat teh halia pun memang sedap untuk keluarkan angin ataupun sesiapa yang punya masalah period pain. Buat teh kosong, rendam hirisan halia dalam teh, lepastu minum, memang berkhasiat selaiin sedap rasanya.

Jadi, tak rugi kan kita tanam halia sendiri!

Itulah sedikit perkongsian tentang cara tanam halia dalam pasu, selamat mencubaa dan semoga bermanfaat untuk semua ya!

Info tambahan: Untuk halia muda boleh tuai selepas 4-5 bulan. Manakala untuk hasil halia tua boleh dituaii apabila 7-10 bulan. Sekali tuai memang banyak, puas hati!

Baca juga: Cara Tanam Pokok Jambu Gajus

Sumber: Nurul Ain Ben

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.