5 Tips Mudah Supaya Peti Sejuk Di Rumah Sentiasa Bersih Dan Berbau Segar

5 Tips Mudah Supaya Peti Sejuk Di Rumah Sentiasa Bersih Dan Berbau Segar

Bau peti sejuk yang tak enak bukan hanya mengganggu tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.

Berikut di kongsikan 5 tips menjaga peti sejuk di rumah anda agar sentiasa bersih dan segar.

1. Gunakan Baking Soda
Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas/tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.

2. Gunakan Oatmeal
Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di kurangkan atau hilang sama sekali.

3. Gunakan Biji Kopi
Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.

4. Gunakan Arang
Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.

5. Cuci Sayuran / Buah-buahan

Lakukan tindakan pencegahan Caranya mudah saja iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya dan selamat mencuba !

Sumber : petuaibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *