Senjata Rahsia Pekebun, 9 Manfaat baking soda untuk tanaman

0
baking soda untuk tanaman

Rahsia Pekebun, Kita akan bahas Berkaitan Dengan Manfaat baking soda untuk tanaman Selain daripada kegunaan dapur, baking soda juga banyak kelebihan lain. Kita boleh gunakan baking soda sebagai pelindung dan salah satu petua menyuburkan tanaman.

Penerangan Ringkas Tetang Baking Soda

baking soda untuk tanaman

Baking soda, juga dikenali sebagai natrium bikarbonat, adalah bahan yang sering digunakan dalam dapur dan kegunaan rumah tangga lain. Ia adalah sejenis garam alkali lembut yang mempunyai pelbagai kegunaan yang melibatkan penyejukan, pemulih, dan pembuatan makanan!

Nak tahu macam mana? Jom baca selanjutnya!

9 Manfaat baking soda untuk tanaman

manfaat baking soda
Kulat Daun

1. Hilangkan Kulat Putih

Tanaman tidak terlepas dari serangan serangga-serangga perosak, Kalau daun-daun atau batang di bawahnya keputihan, maknanya ia diserang kulat atat atau bena putih.

Untuk menyelamatkan tanaman anda daripada serangan kulat putih, cuba buat resepi campuran baking soda untuk tanaman ini menggunakan:

  • 1 sudu baking soda,
  • 1 sudu minyak,
  • 1 sudu sabun pencuci pinggan cair dan
  • 4 liter air.

Seterusnya, Tuangkan campuran ini ke dalam botol semburan dan semburkan pada tanaman setiap minggu sampai keputihan tu hilang.

Pastikan selidik dan perhati jikakalau ada tanda-tanda melecur kerana beberapa tanaman mungkin sensitif dengan bahan ini.

baking powder untuk pokok

2. Halau Ulat Pada Kobis

Sekiranya ada ulat yang suka menggigit sayur-sayuran yang kita tanam, terutamanya kobis, brokoli dan kobis bunga, kita pun boleh gunakan campuran baking soda ini untuk me’nyah’kan dia.

Campurkan baking soda dan tepung biasa / tepung jagung dengan sukatan yang sama banyak. Kemudian taburkan ke atas tanaman.

3. Memaniskan Tomato

Tahu tak salah kegunaan baking soda untuk tanaman ni dikatakan boleh memaniskan lagi buah tomato yang ditanam.

Caranya, cuma taburkan sedikit baking soda pada tanah di sekeliling pokok tomato.

Ini kerana, baking soda yang bersifat alkali boleh merendahkan kadar asid dalam tanah, lalu menjadikan tomato lebih manis.

baking powder untuk halau siput babi

4. Halau Siput Babi

Taburkan baking soda / baking powder di sekeliling tanaman.

Siput babi akan melecur apabila terkena baking soda dan mungkin tak akan datang lagi merosakkan tanaman kita!

5. Hapuskan Rumput-rumpai / Rumput Liar

Untuk mengelakkan rumpai tumbuh di celah-celah pokok atau batu kebun, taburkan baking soda atau baking powder di celah-celahnya.

Ini akan mematikan rumpai kecil dan mencegah rumput liar tumbuh. Lakukan setiap beberapa bulan.

6. Kekalkan Kesegaran Bunga Yang Dipetik

Bagi yang ada tanam bunga ros dan petik untuk diletak dalam pasu, anda boleh gunakan baking soda ni untuk kekalkan kesegaran bunga agar tahan lebih lama.

Caranya, penuhkan pasu dengan air yang dicampur dengan 1 sudu teh baking soda.

Kalau dapat bunga masa hari jadi atau anniversary, pun boleh buat macam ni kan?

7. Hilangkan Jangkitan Kulat Hitam

Kalau ada kesan kulat / jangkitan kehitaman pada tanaman, cuba gunakan campuran baking soda untuk pulihkan tanaman.

Sukatannya 1 sudu teh baking soda dan 1 liter air. Masukkan dalam botol dan spray di kawasan yang ‘sakit’ tu.

baking soda untuk tanaman
Kutu daun

8. Masalah Serangga / Aphid / Kutu Daun

manfaat Baking soda untuk tanaman boleh berfungsi sebagai penghalau serangga yang mesra alam.

Ia akan membunuh serangga yang berbahaya kepada tumbuh-tumbuhan, seperti kutu daun, tanpa merosakkan alam sekitar.

Campurkan satu sudu soda bikar, ½ sudu minyak dan dua liter air. Semburkan pada tanaman setiap beberapa hari sehingga serangga yang bermasalah hilang.

diy racun ulat putih

9. Halau Semut

Lagi satu petua untuk tanaman, campurkan baking powder dengan sedikit gula halus dan tabur di laluan semut.

Gula halus akan menjadi ‘umpan’ untuk semut manakala baking soda akan membunuh semut-semut itu.

Ternyata Sangat Banyak manfaat Baking Soda Untuk Tanaman Kan, Selain dari kegunaan dapur?

Wah, rupanya banyak kegunaan baking soda untuk tanaman dan untuk membantu mengatasi masalah di kebun kan?

Kesimpulannya

baking soda bukan sahaja digunakan untuk keperluan dapur, tetapi terdapat juga banyak manfaat baking soda untuk tanaman, oleh itu jangan lupa untuk praktikkan dikebun2 anda, kerana penggunaan baking soda ini tidak berbahaya dan serba sedikit dapat mengurangkan penggunaan racun kimia yang dapat memberi kesan panjang kepada alam sekitar dan manusia!

Jom kita cuba dan share sahabatsurga dengan kawan-kawan yang minat berkebun supaya sama-sama dapat manfaatnya!

Sumber:

siraplimau.com

Leave a Reply

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.