Air Mutlak

Posted on

Semoga perkongsian ini bermaanfat kepada kita semua.

Apakah yang dimaksudkan dengan air mutlak?

Dan apakah jenis air mutlak?

Pembahagian air ini adalah sebahagian daripada asas taharah, iaitu bersuci.

Air Mutlak

Air mutlak adalah bermaksud air yang suci lagi menyucikan.

Air yang boleh diminum dan boleh pula dibuat bersuci sama ada beristinjak, berwuduk, mandi hadas, membasuh najis ataupun sebagainya.

Air yang dimaksudkan ialah air mutlak iaitu air yang benar-benar tulen yang tidak bercampur dengan benda-benda lain sama ada yang bersih seperti minyak wangi, kopi, susu atau lainnya ataupun bercampur dengan benda-benda najis.

Apabila air tulen yang melebihi daripada dua qullah (216 liter) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah sifat air, maka air itu masih lagi dianggap sebagai mutlak.

Tetapi sekiranya berubah sama ada bau, rasa atau warna, maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci.

Sebagai contoh, memasukkan kopi ke dalam air mutlak maka air itu tidak lagi boleh digunakan untuk bersuci, tetapi hanya boleh diminum sahaja.

Sekiranya air tersebut kurang daripada dua kolah dan dimasukkan pula sesuatu (sama ada berubah atau tidak), maka air tersebut tidak lagi boleh dibuat bersuci.

Sebagai contoh, apabila nama air itu telah berubah menjadi air teh, air tersebut tidak boleh dibuat bersuci.

Jenis air mutlak adalah:

  1. Air sungai
  2. Air laut
  3. Air hujan
  4. Air perigi
  5. Air embun
  6. Air mata air
  7. Air beku atau salji
  8. Air Mustakmal

Air mustakmal adalah bermaksud air yang suci tetapi tidak menyucikan.

Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil (berwuduk) ataupun hadas besar (mandi wajib).

Ini bererti air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua qullah, maka air itu dikira mustakmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci.

Air ini hanya boleh dibuat minum atau makan atau membasuh benda-benda bukan najis sahaja.

Begitu juga sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai dua qullah, itu dikira mustakmal.

Air Musyammas

Air musyammas adalah bermaksud air yang makruh digunakan.

Air mutlak tetapi terjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan pula ketika air masih panas.

Walau bagaimana pun, di negara kita Malaysia (dan rantau asia tenggara) tidak menjadi makruh kerana darjah kepanasan suhunya tidak setinggi seperti di negara-negara Timur Tengah, India dan Pakistan.

Mutanajis

Air Mutanajis bermaksud air yang mengandungi najis.

Air yang kurang daripada dua qullah dimasuki oleh najis sama ada air itu berubah ataupun tidak, dikenali sebagai “mutanajis

Begitu juga sekiranya air yang lebih daripada dua qullah dimasuki najis lalu air itu berubah rasa, bau dan warnanya, maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *