Akim Ahmad dapat anak lelaki, buat akim lebih bangga jadi bapa..

0

Lima tahun menanti, kehadiran Isa buat Akim Ahmad lebih bangga jadi bapa

Penyanyi, Akim Ahmad mengakui dirinya sudah lama berhasrat mahu meletakkan nama Nabi sebagai pilihan utama jika Allah S.W.T mengurniakannya dan isteri, Stacy Anam cahaya mata lelaki dalam rumah tangga mereka.

Menurut portal Utusan Online, penyanyi berusia 31 itu berkata dia tidak menyangka selepas lima tahun menanti akhirnya hasrat itu tercapai dengan kehadiran putera sulungnya, Isa pada 6 Ogos lalu.

“Saya memang teringin nak letak nama nabi pada anak lelaki. Ada beberapa nama yang telah disenarai pendek, tetapi akhirnya saya dan Stacy pilih Isa sebab dekat dengan nama anak kedua kami, Eishal.”ujar Akim.

Jelas Akim, nama Isa dipilih bukan sahaja kerana hampir sama dengan anak keduanya, Eishal bahkan jika digabungkan dengan Bella (nama anak sulung) ia akan menjadi Isabella.

Mengulas lanjut, Akim berharap dengan pemilihan nama itu hubungan mereka adik-beradik akan sentiasa akrab dan saling sayang-menyayang.

Dalam pada itu, Akim yang juga dikenali sebagai Hang Nadim meluahkan kesyukuran atas kehadiran Isa dalam keluarganya dan menganggap ia sebagai rezeki.

“Saya anggap ini rezeki buat kami sekeluarga. Bila dapat anak lelaki ini, bolehlah nanti ajak main bola sama-sama. Saya sebelum ini pernah cakap pada Stacy, teringin nak azankan anak.

“Bila anak perempuan lahir, kita akan iqamahkan, tetapi jika lelaki, kena azankan. Itu yang sering saya mahukan,” katanya.

Selain itu, pemilik nama Afiq Hakim Ahmad menyifatkan kehadiran Isa adalah berbeza kerana membuatkan dirinya lebih berbangga kerana akhirnya mempunyai anak lelaki setelah menunggu lama. Katanya, perasaan pada kali ini sedikit berbeza semasa Eishal dilahirkan.

Untuk makluman, Akim berkahwin dengan Stracie Angie Anam atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy telah pada 4 Februari 2016. Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 5 tahun. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Bella Deluna berusia 10 tahun.

Sumber dan rujukan

Utusan Malaysia (Siti Athirah Dzulkifly) VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *