Akui sibuk & tiada masa, Fattah Amin bersedia jika diberi rezeki tambah zuriat

Akui sibuk & tiada masa, Fattah Amin bersedia jika diberi rezeki tambah zuriat

Pelakon tersohor, Fattah Amin menyatakan dirinya telah bersedia sekiranya dikurniakan rezeki untuk menambah bilangan cahaya mata dalam tempoh terdekat ini.

Sungguhpun begitu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, soal penambahan anak mungkin takkan berlaku dalam masa terdekat disebabkan kesibukan tuntutan kerja.

Disebabkan oleh tuntutan kerja, dia dan isteri yang juga selebriti, Nur Fazura tidak mempunyai masa bersama anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya.

“Kita hanya mampu merancang saja. Kerana bagi saya, anak itu rezeki. Jika ada, jangan risau. Kami akan umumkan.

“Cuma sekarang ini, kami sangat sibuk, untuk bawa Fatima keluar berjalan sebulan sekali pun tak sempat.”ujar Fattah.

Kesuntukan masa itu membuatkan mereka terpaksa membelikan mainan sehingga memenuhi ruangan rumah bagi memastikan Fatima tidak bosan.

“Jadi kami hanya belikan mainan untuk dia sampai penuh rumah jadinya. Sebab itu saya rasa belum lagi buat masa sekarang.

“Tambahan pula, kami kurang meluangkan masa dengan Fatima,”ujar Fattah ketika disoal mengenai zuriat.

Walau bagaimanapun, Fattah mendedahkan anaknya, Fatima yang bakal memasuki dua tahun pada 2 Oktober nanti dilihat seperti sudah bersedia menerima kehadiran seorang adik dalam hidupnya. Malah, Fatima juga pernah memberitahu dirinya mahu ‘baby’,

“Fatima pun dah nak masuk dua tahun. Kadangkala bila lihat dia main dengan anak patung, gayanya seperti kakak sedang dukung adik. Lagipun dia pernah cakap nak baby,”dedah Fattah.

Tambah Fattah, meskipun buat masa sekarang ini Fatima hanyalah seorang sahaja, namun kehidupannya tidaklah terlalu sunyi memandangkan sepupunya kerap datang ke rumah untuk bermain bersama-sama.

Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini bakal memasuki usia 2 tahun.

Sumber dan rujukan

BOOM! (Melly Mill) VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.