Al Mathurat Pagi Ringkas, Boleh Amal Setiap Hari
Al Mathurat Pagi Ringkas – Al Mathurat ialah wirid dan doa harian yang disusun oleh As Syahid Imam Hassan Al Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih; dan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Al Mathurat punyai pelbagai kelebihan apabila diamalkan secara konsisten setiap pagi selepas subuh.
Al Mathurat ini adalah merupakan bacaan khas pada waktu pagi sahaja. Sebaik-baikknya pembacaan al Mathurat ini adalah selepas menunaikan solat subuh.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. (Surah al-Ahzab: 41-42)
Al Mathurat pagi ringkas ini juga bertujuan untuk memantapkan jiwa agar sentiasa memperingatkan kita kepada Allah SWT. Selain itu, banyak kelebihan-kelebihan lain yang dapat diperoleh daripada himpunan zikirdan doa yang terdapat didalam Al mathurat ini.
Zikir Mathurat pagi ringkas.
Boleh ikut baca sambil mendengar bacaan Al Mathurat: di Sini
Al mathurat Pagi Ringkas
Alhamdulillah…. Istiqamah kita membaca Al Mathurat pagi dan petang.
Untuk bacaaan Al Mathurat petang tukar:
اَصْبَحْنَا kepada اَمْسَيْنَا
وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ kepada ‘wa ilai hil masir’
اَصْبَحْنَا وَاَصْبَحَ kepada اَمْسَيْنَا وَاَمْسَى
اَصْبَحْتُ kepada ‘amsaitu‘
Semoga dapat memberi panduan dan maanfaat kepada kita semua..
Baca Juga: Maksud MasyaALLAH Dan Waktu Pengunaannya Yang Sesuai