Ammar Alfian Berjaya Khatam Al-Quran Kali Ketiga Sebagai Penutup Tahun 2020 Meskipun Pelbagai kontrov3rsi Beliau

Posted on

Ammar Alfian Berjaya Khatam Al-Quran Kali Ketiga Sebagai Penutup Tahun 2020 Meskipun Pelbagai kontrov3rsi Beliau

Pelbagai kontrov3rsi terpalit dirinya tahun ini termasuklah perkahwinan yang dibina berakhir dengan percera1an, sebagai penutup tahun 2020, pelakon Ammar Alfian meluahkan rasa syukur berjaya khatam Al-Quran buat kali ketiga tahun ini.

Menurut Ammar, membaca kita suci Al-Quran itu merupakan satu cara untuk dia mendekatkan diri dengan Islam serta memperoleh ketenangan diri.

“Cara terbaik untuk mengakhiri tahun 2020 adalah dengan berkongsikan gambar diri sendiri bersama senaskah Al-Quran. Alhamdullilah saya akhirnya berjaya khatam Al-Quran untuk kali ketiga pada tahun ini. Kali pertama adalah ketika saya berumur 10 tahun dan kali keduanya ketika berusia 15 tahun.

“Sejujurnya bagi saya tidak sukar jika ingin cuba mendekatkan diri dengan Islam. Hanya melakukan perkara yang sederhana seperti berdoa dan membaca Al-Quran,” katanya.

Dalam pada itu, Ammar berkata kehidupannya lebih tenang dan damai apabila bercakap dengan Tuhan melalui doa serta mendoakan agar pengikutnya turut menemui cara sama dalam mencari keberkatan hidup.

“Ingatlah dengan mendirikan solat, kita berkomunikasi dengan Allah dan dengan membaca Al-Quran, Allah sedang berbicara dengan kamu. Saya doakan semua orang menemui ketenangan hidup tidak kira di dunia dan akhirat,” katanya.

Anda dah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.

Sumber : ROTIKAYA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *