Terkini “Aniaya anak angkat,Wanita tular mendera mengaku bersalah”

0

Wanita tular dalam video dera mengaku bersalah

RAKAMAN tular memaparkan seorang kanak-kanak perempuan didera dan dipukul dengan penyapu mengundang kemarahan netizen sejak Jumaat lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, pasangan suami isteri yang tular dalam video itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi pada Rabu, atas pertuduhan menganiaya mangsa.

Amira mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi pada Rabu

Isteri, Amira Hamzah, 28, warga tempatan manakala suaminya, Mohd Fitri Jasman, 30, dari Singapura, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang memelihara seorang kanak-kanak perempuan, telah menganiayanya hingga mengalami kecederaan fikikal.

Selain dipukul dengan penyapu, mangsa turut disakiti menggunakan penyangkut baju.

Sumber Dan Rujukan

Sinar Harian Via Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *