Baby Shima raih pujian peminat Indonesia kerana

Cover lagu ‘Sikok Bagi Duo’, Baby Shima raih pujian peminat Indonesia

Nama penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Mana tidaknya, ada sahaja isu yang dibangkitkan sehingga mencetuskan kecaman dan kritikan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 30 tahun itu telah berjaya meraih pujian daripada peminatnya dari Indonesia susulan cover lagu bertajuk Sikok Bagi Duo yang dipercayai dinyanyikan dalam versi bahasa Palembang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Baby Shima di laman YouTubenya, dia membuat rakaman cover lagu tersebut berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas KLCC di ibu kota, baru-baru ini.

https://youtu.be/Ya7QCGYPdKg

Sesuai lah suara Baby Shima Cover lagu ni!

Dalam rakaman tersebut, rata-rata netizen terutama peminatnya dari Indonesia memuji suara yang dimilikinya yang dilihat sesuai membawa lagu versi tersebut

Abaikan kecaman, teruskan maju Baby Shima!

 

Malah, peminat turut memberi sokongan sepenuhnya kepada Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli dalam kerjaya nyanyian meskipun ada segelintir netizen terus mengecam tindakannya itu

Terdahulu, Baby Shima menjadi sorotan warganet apabila wanita tersebut berkongsi video menyeberangi jalan di hadapan Menara Berkembar Petronas KLCC sambil membuat aksi gelek ‘berahi’ yang turut menerima pujian daripada peminat Indonesia.

sumber Dan Rujukan

YouTube @Baby Shima, Instagram @babyshimaofficial Via OMM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.