Bacaan Doa Sebelum Naik Kereta

Posted on

Assalamulaikum,
Semoga Kita sentiasa di beri keselamatan semasa memandu.
“Ingat orang tersayang”

Bacaan Doa Naik Kenderaan

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun.

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.

Adab Menaiki Kenderaan

Adab adalah penting ketika menaikki kenderaan kerana punca-punca kemalangan berlaku kerana kurang disiplin dalam diri kita.

  1. Membaca Basmallah (بَسْمَلَة‎) iaitu Bismillahirrahman nirrahim
  2. Membaca doa naik kenderaan dan berdoa untuk mencari kebaikan dan ketakwaan agar Allah menjauhkan pemandangan buruk, kesulitan semasa dalam perjalanan serta memudahkan segala perjalanan.
  3. Kita digalakan untuk melangkah kaki kanan dahulu ketika menaikki kenderaan.
  4. Berdisiplin ketika di atas jalan raya kerana disiplin amatlah penting ketika kita berada di jalan raya terutama jangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak menghormat penumpang dan pemandu lain. Tambahan pula jangan meniru aksi-aksi lumba haram yang hanya membahayakan diri sendiri dan juga pemandu lain turut terkena tempias.

Doa Apabila Sampai Ke Tempat Tujuan

Setelah sampai tempat tujuan, disunatkan untuk membaca doa berikut:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى سَلَمَنِى وَالَّذِى اَوَنِى وَالَّذِى جَمَعَ الشَّمْلَ بِ

Alhamdulillahil ladzi sallamani wal ladzi awani wal ladzi jama’asy syamla bi

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkanku dengan keluargaku.”

Kesimpulan

Islam adalah agama yang paling senang, sempurna dan merangkumi segala aspek-aspek penting dalam sesuatu kehidupan kita seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *