Beri influencer sekampit kacang, netizen dakwa pramugari kena tindakan disiplin?

Beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan seorang influencer mendapat sebungkus besar pek kacang daripada pramugari ketika menaiki pesawat.

Tayang dapat kacang

Muat naik influencer itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen dan ada diantara mereka kurang senang dengan apa yang dikongsikan walaupun dia mempunyai niat yang baik untuk mengucapkan rasa terima kasih.

Bekas pramugara beri pendapat

Walau bagaimanapun, beberapa pendapat mengatakan bahawa tindakan memberikan kacang lebih daripada satu pek kepada penumpang adalah melanggar SOP krew kapal namun jika masih mempunyai stok yang lebih, berkemungkinan mereka boleh memberikannya kepada yang mahu.

Namun, rasanya ia tidak perlu dihebahkan dan pemberian tersebut mungkin sekadar menghabiskan stok sahaja. Perkara berkenaan dijelaskan oleh selebriti yang merupakan bekas pramugara Malaysia Airlines, Zarul Umbrella di saluran YouTube serta TikToknya.

Betul ke berdepan tindakan?

Susulan itu, tular di Twitter beberapa dakwaan bahawa pramugari yang memberikan sebungkus besar kacang kepada influencer terbabit telah dikenakan tindakan disiplin selepas isu terbabit tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, kesahihan perkara itu tidak dapat dipastikan dan ia hanya sekadar khabar angin yang ditulis di media sosial.

Pernah je dapat, tapi janganlah kecoh

Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa netizen mengakui pernah mengalami perkara tersebut namun tidak pula menghebahkan perkara itu kepada umum.

Rata-rata mereka memaklumkan menerima kacang tersebut daripada pramugari atau pramugara yang bertugas memandangkan stok kacang berkenaan sudah menghampiri tarikh luput.

Sumber dan rujukan

Twitter @JarrNadjmuddean, TikTok @zarulumbrellaofficial VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *