Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Simple Sangat, Cuma Perlu 3 Bahan Saja

0
Mushroom Seasonin

Kenapa tak pakai Mushroom Seasoning? Ramai yang menggunakan serbuk perasa dalam masakan, kalau tak letak sedap pula rasanya. Tapi dalam masa yang sama risau juga dengan penggunaan bahan kimia atau MSG.

Sekiranya mahu amalkan pemakanan lebih sihat tapi dalam masa yang sama mengekalkan rasa sedap makanan mungkin boleh tukar penggunaan dari serbuk perasa kepada mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.

Paling menarik seasoning ini boleh kita buat sendiri. Lagi sihat kerana ia rendah kalori dan mengandungi antioksidan yang tinggi daripada cendawan.

Bagi yang nak cuba buat sendiri boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nawal Yasmin Mat Noh.

Contoh Siap Gambar Mushroom Seasoning

Mushroom Seasonin

Cara buat mushroom seasoning homemade

Bahan-bahan

  • 100g cendawan kering/ dried shitake
  • ¬†mushroom
  • 50g garam
  • 50g gula

Mushroom Seasonin

Cuma Perlu 3 Bahan Saja

Cara membuat:

1. Basuh cendawan dan keringkan. Lap dengan kain atau tisu dapur.

2. Masukkan dalam oven/air fryer, bakar selama 20 minit pada suhu 100 darjah Celsius. Sejukkan.

Mushroom Seasonin

3. Selepas sejuk masukkan dalam TM6 semua bahan dan grind selama satu minit, kelajuan 10.

4. Boleh juga guna pengisar kering, kisar hingga jadi serbuk tapi pastikan kisar sedikit demi sedikit.

Mushroom Seasonin

Kelebihan Pakai Mushroom Seasoning

  1.  Mengandungi Glutamat Asli yang Tinggi
  2. Diperbuat daripada Bahan Dikenali sebagai Superfood
  3. Nutrisi Tinggi
  4. Memberi Banyak Manfaat Kesihatan
  5. Tidak Mengandungi Bahan Kimia Tambahan
  6. Penggantian Terbaik untuk MSG
  7. Sesuai untuk Vegetarian

Baca Juga: Cara Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur, Mudah Dan Lebih Segar!

Selamat mencuba.

Sumber: Nawal Yasmin Mat Noh

Via vanilakismis

Leave a Reply

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.