Buka cerita baharu, Vida dah berbaik dengan Iqbal – “Saya maafkan..”

0

Buka cerita baharu, Vida dah berbaik dengan Iqbal – “Saya maafkan..”

Saling tidak tumpah seperti sinetron yang penuh dengan konflik! Itu dapat digambarkan terhadap hubungan antara usahawan sensasi Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli.

Selepas beberapa bulan ‘berperang’ di media sosial, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memilih menamatkan persengketaan dan membuka kisah baharu bersama Iqbal yang juga seorang usahawan.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, usahawan berusia 51 tahun itu mengakui terdapat hikmah atas perkara berlaku dan ingin memperbaiki hubungan yang sudah terjalin sejak lapan tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

“Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ada perancangan Allah yang lebih baik. Setiap apa yang berlaku saya redha.

“Saya berserah dan harap pertemuan kali ini dapat memperbaiki kembali jalinan ukhwah yang telah lama terbina,” katanya.

Penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu berkongsi video memaparkan pertemuan empat mata bersama Iqbal sekali gus meluahkan apa yang terbuku di hati.

Sementara itu, Vida mahu melupakan kontroversi dilalui mereka sebelum ini serta memaafkan kesilapan masing-masing.

“Dengan segala kontroversi yang berlaku antara saya dengan Iqbal biarlah berlalu dan buka lembaran baharu.

“Saya maafkan segala kesilapan dan masing-masing perbaiki diri. Saya nak berbaik dengan semua orang semua rezeki saya semakin lancar,” ujarnya.

Melihat di ruangan komen, ramai seolah-olah meluahkan rasa meluat terhadap kisah pasangan itu yang dianggap seperti ‘marketing’ sehingga tiada penamatnya.

Bagaimanapun, tidak kurang ada segelintir individu gembira dengan keputusan Vida dan Iqbal untuk kembali berbaik selain mendoakan jodoh pasangan berkenaan.

Terdahulu, kontroversi antara Vida dan Iqbal bermula dengan kisah ‘tak jadi kahwin’ sebelum muncul pelbagai konflik sehingga hampir setiap hari mereka menerima kecaman netizen.

Sumber dan rujukan

Instagram Datuk Seri Vida VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *