Cara Mandi Wajib Yang Betul Sesuai Sunnah Rasulullah SAW

Posted on

Bismillah, Cara mandi wajib yang betul amat penting untuk kita ketahui kerana kaedah mandi wajib menetukan status sah atau tidak mandian kita.

Jika cara dan kaedah mandi wajib kita salah maka segala amal ibadah kita akan menjadi sia-sia kerana kita masih dalam keadaan berhadas besar

Cara Mandi Wajib Yang Betul Sesuai Sunnah Rasulullah

Cara Mandi Wajib Yang Betul

1. Membaca niat mandi wajib

niat mandi wajib tidak perlu kita lafaz, cukuplah dalam hati sahaja

Berikut adalah niat mandi wajib

Niat mandi wajib Arab
نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ اْلاَكْبَرِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى

Nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari fardhan lillahi ta’ala

Maksud niat mandi wajib

Ertinya : “Aku ber niat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana Allah Ta’ala “

2. Membaca “Bismillah”

3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali

4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun

6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, seterusnya bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.

Wallahu’alam

Sebab Perlunya Mandi Hadas

Mandi wajib adalah satu perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh lelaki serta perempuan dan anda harus memastikan cara mandi wajib, mandi junub atau mandi hadas besar yang anda lakukan itu adalah dengan cara yang betul dan sah dari segi hukum agama Islam yang telah ditetapkan.

Sama ada setelah haid atau nifas, selepas bersalin, selepas bersetubuh atau selepas keluar air mani, adalah penting untuk memastikan ibadat yang dibuat itu betul dan tepat diikuti niat mandi wajib.

Apa saja jenis air mandian yang digunakan pula seperti air paip, air hujan atau air pancut, anda wajib pastikan air tersebut adalah air mutlak dan bersih.

Akhir sekali, dengan mengikuti panduan lengkap cara dan niat mandi wajib tentunya mandi junub anda itu sah walaupun tidak mandi lama-lama dan kelihatan cepat, senang, ringkas dan mudah asalkan mandian tersebut sempurna mengikut hukum syarak.

Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-kita yang lain…

Baca juga: 6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Rujukan

Tasbi Fatimah http://tasbihfatimahh.blogspot.com/2015/06/cara-cara-mandi-wajib-yang-betul-dan.html

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *