Cara Menanam Pokok Kantan Yang Jarang Petani Tau “Hasil Memang Mengejutkan”
Ramai yang cuba menanam pokok kantan, ramai juga yang tidak tahu cara menanam pokok kantan ini. Tapi banyak yang berkeinginan memanam pokok kantan memandangkan banyak kegunaan dalam masakan.
Kaedahnya menanam biasa adalah dengan membeli rizom pokok kantan sama ada secara online atau nurseri dan kemudian tanam semula di rumah.
Akan tetapi ramai yang kecewa kerana apa yang diharapkan tak menjadi. Rizom pokok dilihat semakin layu dan mati. Bagaimanapun ujar pengusaha ladang kantan, Sadam Arffain rizom pokok mati selepas ditanam adalah normal. Jangan kecewa.
Jelasnya, batang rizom mungkin nampak layu dan mati tapi hakikat ada benih yang sedang membesar di bawahnya dan hanya akan kelihatan dalam tempoh sebulan atau paling awal 2 minggu.
Berikut adalah perkongsian beliau tentang cara menanam pokok kantan
Jika rizom pokok kantan yang ditanam mati.
Untuk masalah ini saya terangkan khusus buat semua yang pernah atau akan cuba menanam pokok kantan ini.
Rizom kantan sejenis benih bertunas. Batang rizom yang ditanam kebiasaannya akan makin layu/mati seperti gambar di bawah.
Yang asalnya hijau kemudian berubah menjadi coklat. Itu adalah NORMAL. Jangan putus ada kerana Hal yang terbaik sedang menumbuh di bahagian bawah rizom tu.
Tunas baru kebiasaannya akan mula kelihatan selewat satu bulan, paling awal pun dalam 2 minggu tumbuh. Lebih daripada itu mungkin boleh dikira GAGAL dalam prosesnya.
Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh berapa faktor contoh;
1. Terlebih siram sehingga berlecak
2. Tidak menyiram sehingga kering.
3. Tanam terlalu dalam.
4. Tanah tidak begitu sesuai.
5. Kebarangkalian menjadi rendah. Tanam 10, 9 hidup.
Sebatang rizom boleh menghasilkan EMPAT mata tunas baru maksimum dan minimum. Cuma keempat-empat tunas itu tidak keluar serentak tapi berperingkat.
Pada yang sedang menaman, moga info ini dapat membantu. Moga tidak pernah mengenali erti putus asa apabila GAGAL. Percaya pada proses pembelajaran.
Baca Juga: Cara Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur, Mudah Dan Lebih Segar!