Cara nak Buang Fikiran Negetif

Posted on
harimau
Sumber Gambar: Google

Singkirkan Fikiran Negatif!

Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan
membangunkan singa tidur.

Fikiran-fikiran negatif itu nantinya akan membentuk
peribadi-peribadi skeptis, pesimis dan kalah sebelum bersaing.

Daya saing seseorang
menjadi sangat rendah.

Kredibilitinya dipertanyakan dan tidak terlihat mampu
dipercayai.

Bila keadaannya sudah seperti ini maka memelihara fikiran-fikiran
negatif sama sekali tidak akan menguntungkan.

Maka abaikan dan hapuskan bila
fikiran negatif mula bersarang di hati.

Bayang-bayang gagal, takut membina sesebuah
hubungan suami isteri, trauma masa lalu dan fikiran negatif lain sebaiknya segera
dihilangkan.

Fikiran-fikiran negatif itu harus digantikan dengan semangat optimis
dan selalu menaruh harap kepada Allah yang kita bergantung harap.

Jangan Berkeluh
Kesah Tentang Perkara Yang Tidak Dimiliki

Merupakan sebuah kebahagiaan luar biasa
bila kita lebih sibuk mensyukuri apa yang telah kita miliki dan tidak mahu mencaci
apa yang tidak kita miliki.

Hidup ini adalah rentetan syukur yang tidak
berkesudahan, bukan caci maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.

Apa yang
berada di tangan lebih bererti daripada apa yang ada di pandangan.

Angan-angan yang
membayang hanya akan menyisakan harapan tidak berkesudahan, sedangkan rasa syukur
terhadap apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk menjadi hamba Allah yang
bersyukur.

Selalu melihat pada kesyukuran hati dan tidak mendongak ke atas terhadap
apa yang tidak kita miliki.

Ini adalah masalah sejauh mana kita bersyukur, dan
sejauh mana usaha kita menghindari kekufuran.

Selalu sahaja ada nikmat yang tidak
ada pada kita, dan selalu sahaja ada kekurangan yang kita miliki.

Sebeberapa
melimpah nikmat dunia ini tidak akan dapat kita miliki semuanya.

Mencuba berhenti
berangan dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan sangat disarankan bagi hati
hamba yang lemah seperti kita.

Jangan Mendengar Gosip

Sudah pasti gosip berkawan
baik dengan fikiran negatif.

Memang kecederungan telinga kita  adalah mendengar apa
yang membuat kita seronok, apa yang membuatkan kita gembira  dan apa yang
membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak.

Namun kadang kala rasa ingin tahu itu
hanya akan memberikan penyesalan.

Apatah lagi bahan percakapan yang dibincangkan
adalah kita.

Oleh itu alangkah lebih baik kalau kita tidak mendengar semua yang
diperbincangkan orang tentang kita.

Manusia yang memberi komen itu adalah hal
biasa, yang tidak biasa adalah kita yang selalu memberi respons terhadap apa
sahaja komen mereka.

Kadangkala telinga lebih baik ditutup dan mendengar yang
baik-baik sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *