Cara Solat Witir Ringkas Serta Niat Dan Terjemahan
Niat Dan Cara Solat Witir Ringkas Serta Terjemahan – Solat sunat Witir adalah solat yang didirikan selepas melakukan solat lain seperti Tahajjud, solat Tarawih dan solat Hajat sebelum mengerjakan solat ini. Solat sunat Witir adalah solat pelengkap atau penutup yang tidak ada lagi solat lain selepasnya.
Rasulullah SAW bersabda;
“Daripada Ibn Umar daripada Nabi SAW sabdanya; ‘Jadikanlah sembahyang Witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu pada waktu malam’.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:
“Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Solat witir ringkas boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
Cara solat witir ringkas serta rumi dan terjemahan
Cara solat witir ringkas
1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
3. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.
5. Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
Sebaik selesai tahiyyat dan salam, bacalah bacaan ini;
يَا لَطِيْفُ يَا كَافِييَا حَفِيْظُ يَا شَافِي (x 2 kali)
يَا لَطِيْفُ يَا وَافِي يَا كَرِيْمُ أَنْتَ الله (x 1 kali)
لآ إِلٰهَ إِلَّا الله (x 10 kali)
Imam Ahmad berkata:
“Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.
Daripada Abu Hurairah, katanya,
“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
Akhir kata, itulah cara solat witir ringkas, jangan lupa amalkan cara solat witir ringkas ini semoga dapat membantu kita untuk lebih dekat kepada ALLAH SWT.
Mudah-mudahan dari hari ke hari, kita dapat menambahkan amalan solat sunat kita untuk menjadi hamba Allah SWT yang lebih beriman dan bertaqwa.
Baca Juga: Cara solat taubat nasuha
Sumber Dan Rujukan