Cara Tanam Bendi Berbuah Banyak, Setiap Celah Akan Ada Buahnya

0
Cara Tanam Bendi Berbuah Banyak, Setiap Celah Akan Ada Buahnya

Puan Liyana Mohd Poad berkongsi tip dan Cara Tanam Bendi yang boleh dipraktikkan untuk mereka yang menanam pokok ini di rumah. Jika betul caranya insya-Allah pokok bendi berbuah banyak, setiap celah akan ada buahnya.

Cara Tanam Bendi Supaya Bendi Berbuah Banyak Di Setiap Celah

Bagi yang suka tanam bendi saya beri tip supaya bendi berbuah dengan banyak di setiap celah. Rujuk gambar untuk tip tip tersebut.

Sebelum itu asasnya bendi perlu dua perkara yang sangat sangat utama iaitu air yang banyak dan cahaya yang banyak untuk buah yang banyak.

Bendi perlu dipetik kurang daripada tempoh seminggu ianya mengeluarkan buah. Jika lebih daripada tempoh ini, bendi akan jadi keras. Baja khusus untuk bendi hanyalah baja tinja haiwan. Tak perlu baja mahal mahal keran bendi senang berbuah dan senang dijaga.

1. Cari Benih Bendi Renek

Cari Benih Bendi Renek

Ini namanya bendi renek. Boleh beli biji benih brand BABA. Di luar paketnya ada tulis bendi hijau. Kalau bendi putih dan panjang, itu bendi susu. Pokok ini saya tanam dalam polibeg saiz 14″

2. Letak Tempat Penuh Cahaya

Letak Tempat Penuh Cahaya

Di setiap celah ada buah walaupun tingginya hanya lebih kurang 2 kaki. Ketika menyemai, apabila daun sudah ada 3 helai, pindahkan terus ke tempat penuh cahaya. Pokok bendi suka cahaya yang banyak untuk tumbesaran.

3. Daun Kena Buang Bila Petik Buah

Daun Kena Buang Bila Petik Buah

Apabila petik buah, buang sekali daun yang menyokong buah tersebut.

petik bendi buang sekali daunnya

Ini paling penting. Selepas petik bendi, buang sekali daunnya, jangan tinggalkan di pokok supaya kesemua zat akan sampai ke buah yang berikutnya.

Itulah cara tanam bendi yang simple dan efektif serta mudah untuk kita praktikkan sendiri di rumah.

Semoga bermanfaat

Baca Juga: Cara Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur, Mudah Dan Lebih Segar!

Sumber: Puan Liyana Mohd Poad

Leave a Reply

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.