Wow 3 Minggu Dah Tuai Hasil, Cara Tanam Kangkung Dalam Baldi

0
Wow 3 Minggu Dah Tuai Hasil, Cara Tanam Kangkung Dalam Baldi

Kangkung ni sangat mudah untuk di tanam, tak perlu tanah pun, Ini cara tanam kangkung dalam baldi. Lagi Bersih, tunggu 3 minggu sekali tuai dapat setengah kilo

Harga sayur makin naik jadi eloklah kalau kita belajar tanam sayur sendiri di rumah. Takde ruang atau laman pun tak mengapa, boleh tanam dalam bald seperti dikongsi oleh Yuziyana Yusop ini.

Kalau duduk di kediaman bertingkat pun tiada masalah untuk bercucuk tanam cara ini. di beranda-beranda rumah pun boleh menanam.

Boleh mulakan dengan tanam kangkung. Kaedah ini menggunakan mangkuk tapis plastik dan baldi. Langsung tak menggunakan tanah. Lagi bersih kan.

Cara tanam kangkung dalam baldi ni mudah je, bahan-bahanya pun senang je nak dapat.

Cara tanam kangkung dalam baldi

Wow 3 Minggu Dah Tuai Hasil, Cara Tanam Kangkung Dalam Baldi

Cara-cara tanam kangkung dalam baldi

1.Rendam biji benih 32 jam guna air paip. Kalau ada benih yang kembang sangat dalam masa 24 jam boleh asingkan dan letak dalam tapis (boleh terus ke langkah 2).

2. Toskan benih lepas rendam kemudian masukkan dalam tapis. Agak-agak saja kuantiti biji benih. Jangan padat sangat, jangan sikit sangat.

Wow 3 Minggu Dah Tuai Hasil, Cara Tanam Kangkung Dalam Baldi

3. Pastikan guna tapis yang lubangnya kecil sahaja. Jika lubang besar anak kangkung akan bolos nanti. Jika ada benih yang sudah berakar, masukkan akar ke dalam lubang tapis, biarkan ia menjulur.

4. Letak tapis atas baldi yang telahpun dimasukkan air paip separas mencecah dasar tapis.

5. Tutup tapis berisi benih selama 2-3 hari.Tujuan menutup biji benih adalah untuk menggalakkan anak benih cepat tumbuh.

Wow 3 Minggu Dah Tuai Hasil, Cara Tanam Kangkung Dalam Baldi

6. Selepas 3 hari anak benih akan tumbuh seperti tauge. Jangan panik, memang betul dah caranya. Waktu ini dah boleh dedahkan kepada cahaya, air dalam takungan tak perlu buang. Boleh tambah baja AB.

7. Boleh mula guna baja ab bancuhan 10mlab+2L air atau 1.5ec-2ec

8. Hanya pantau air baja dan akr pokok. Tambah air baja bila perlu. Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec minggu 1(10ml ab+2L air), 2ec minggu ke2(15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air).

9. Kangkung tuai bila kangkung berumur lebih kurang 3 minggu.

waaahhh, lepas tau cara tanam kangkung dalam baldi ni, tak perlu da susah-susah nak beli kangkung kat luar.

Lepas dh berjaya praktikkan cara tanam kangkung dalam baldi ni, boleh la try sayur lain pulak kan…

Selamat mencuba, semoga bermanfaat…

Baca Juga: 3 Langkah Dan Cara Tanam Halia Di Rumah Sangat Mudah!

Kredit : Yuziyana Yusop  Via Vanilla Kismis

Leave a Reply

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.