“Dah lama tiada orang berkongsi ilmu dan nasihat” Kini Mereka Terharu Ada Yang Sudi Menasihati Mereka

0
zz 7 1

Pelayan Kelab Malam Ini Terharu Ada Orang Sudi Menasihati Mereka

Semalam pergi berkongsi nasihat dengan wanita pelayan di Pusat Hiburan di Surabaya. Ramai kenal saya.

Katanya dah lama tiada orang berkongsi ilmu dan nasihat. Mereka terharu ada orang sudi menasihati mereka Ada yang dari dulu kerja di tempat begini. Menyara keluarga.

Keluarga susah-susah. Kadang melayan pelanggan kena mabuk. Ada di antara mereka mengalami tekanan mental. Rindukan bahagia. Baik-baik mereka semua ini ketika mendengar dan bertanya soalan kehidupan.

zz 6 630x380 1
Sedang Medengan Nasihat Dari UEL

Bila cerita solat dan hadiah buat mak ayah bukanlah duit semata-mata. Tetapi menjadi anak solehah dan baik. Mereka menangis. Ada yang minta doakan ingin kerja yang lebih baik dan ingin berkahwin dan menjadi isteri yang baik.

zzz 3 630x380 1
Diberi kelengkapan untuk solat

Banyak nasihat dan doa mereka ingin belajar. Ada yang nak mengenali Islam. Katanya terharu tak sangka ada orang agama datang sini cuma untuk beri nasihat. Ada seorang penjaga mereka turut menangis bersama. Terima kasih ustaz. Saya rindu semua ini. Banyak dosa saya.

zzzz 2 630x380 1

Dari dulu setiap kali dakwah di pusat hiburan ramai yang akan datang menangis sebab mereka rindukan kebaikan. Masa dakwah di club Bukit Bintang dulu beberapa orang ingin belajar Islam. Ramai juga dah berhijrah. Syukur pada Allah.

Begitulah ujian mereka. Kita pun ada ujian dalam hidup. Bersyukur jika dapat taat. Berusaha sungguh-sungguh dan berdoa meninggalkan yang salah dan tak baik. Sebaik-baik saya, lebih baik orang lain. Seburuk-buruk orang lain, lebih buruk saya. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan, pasti ada isinya.

Teringat mak saya cakap. Dulu ada orang sayang kita. Sekarang giliran kita sayang orang lain. Ya Allah jadikanlah asbab kebaikan dan hidayah.

Hampir menitiskan air mata bila baca perkongsian Ustaz Ebit ini.. Betul.. Berbagai ujian Allah SWT turunkan pada hambaNYA..moga ada secebis kesedaran dlm diri kita semua.. Hidayah milik Allah.. Bila2 masa Allah berikan kepada sesiapa saja.. Bertuahlah mereka yg dikurniakan hidayah Allah.Allah sayang..

Semoga dipermudahkan usaha ustaz Ebit Dan Team mengembangkan syiar Islam..

Ya Allah lindungilah mereka ini yg berjuang ke jalanMU.. Berikan mereka kesihatan yg baik Dan sentiasa di payungi rahmatMU… Aamiin Allahumma Aamiin..

Komen Dan Doa Natizen Semua

zzzz 3

Sumber Dan Rujukan

My Media Maya

PERHATIAN: Pihak Min tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.