Dirempuh kereta semasa lintas jalan, budak lelaki patah tulang selangka

0

Dirempuh kereta semasa lintas jalan, budak lelaki patah tulang selangka

Seorang kanak-kanak lelaki dirempuh sebuah kereta pada jarak dekat ketika melintas jalan di Jalan Wakaf Aik, Bahok di Kota Bharu, petang semalam.

Menurut laporan BH Online, mangsa Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah yang patah tulang selangka selain cedera pada badan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin berkata, ketika kejadian terdapat sebuah kereta Proton Exora dipandu seorang lelaki sebelum kanak-kanak berusia tiga tahun itu melintas secara tiba-tiba.

“Pada masa sama, pemandu Proton Exora yang cuba mengelak itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi.

“Disebabkan pelanggaran itu, mangsa cedera pada badan dan patah tulang selangka sebelum dikejarkan ke HUSM untuk rawatan,” katanya menerusi laporan tersebut.

Berdasarkan siasatan, Mohd Ismail berkata pada mulanya mangsa dipimpin tangan oleh bapanya di tepi jalan sebelum kanak-kanak terbabit bertindak berlari melintas jalan.

“Kedua-dua pemandu kereta tidak cedera dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya

Sumber dan rujukan

BH Online (Nor Fazlina Abdul Rahim)VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *