Disuruh hamil lagi, Elfira Loy jawab – “Kalau beranak ni macam mesin fotostat..”

Disuruh hamil lagi, Elfira Loy jawab – “Kalau beranak ni macam mesin fotostat..”

Pelakon Elfira Loy mengakui tidak mudah bagi melalui proses kehamilan sehingga membesarkan cahaya mata, apatah lagi perlu mendapatkan semula bentuk tubuh asal.

Menerusi satu perkongsian InstaStory, pelakon berusia 28 tahun itu belum mempunyai perancangan untuk menambah bilangan zuriat yang kini sudah memiliki sepasang anak.

“Kalau beranak ini macam mesin fotostat je, dah lama beranak sepuluh. Tapi tulah bukan senang mengandung, beranak dan besarkan bayi.

“Yang ketiga (anak) pun, kalau boleh lagi empat tahun baru nak fikir balik. Tidak nampak ke mommy beria nak kurus balik,” tulisnya.

Elfira mengulas demikian selepas menerima komen seorang pengikut di laman Instagram yang meminta supaya dia hamil lagi.

“Beranak lagi El (nama panggilan Elfira). Cantik tampan ni perlukan pewaris,” komen pengikut tersebut pada sebuah posting.

Terdahulu, pelakon drama Di Sebalik Kasyaf itu memuat naik gambar anak keduanya, Nur Aria Mikayla yang sudah mencecah usia empat bulan sehingga meraih pujian ramai.

Menurut Elfira, puteri kesayangannya itu sudah pandai ‘merajuk’ sekiranya lambat didukung untuk diberikan susu.

“My baby princess is four months old today! Aria dah mula pandai mogok hisap jari kalau mommy lambat angkat to feed her…

“…pastu geram sangat dah banyak senyum senyum and gelak,” katanya.

Untuk rekod, Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Selain Aria, mereka dikurniakan anak sulung Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia tiga tahun.

Sumber dan rujukan

Instagram Elfira Loy VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.