doa makan

Posted on

doa makan

Bagaimana doa makan yang ringkas?

Dalam artikel ini, saya tuliskan doa makan umum
yang ringkas dan dipermudahkan dengan tulisan rumi.

Selain itu, saya juga turut
menyenaraikan doa selepas makan dan doa selepas minum, yang juga turut
dipermudahkan dengan ejaan rumi.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Doa Makan
اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لَنَا 
فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Alloohumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa ‘adzaa bannar
Maksudnya:

Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan

peliharalah kami dari azab api neraka”

Doa Selepas Makan
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِيْنَ

Alhamdu
lillaahil ladzii ath’amanaa wa saqoonaa wa ja’alnaa muslimiin
Maksudnya:

Segala
puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami, serta menjadikan
kami sebagai orang-orang islam”

Doa Selepas Minum
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا اُجَاجًا بِذُنُوْبِنَا

Alhamdu
lillaahil ladzi ja’alahuu ‘adzbam furootam birohmatihii wa lamyaj’alhu milhan
ujaajam bidzunuubinaa
Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air
ini (minuman) segar dan menggiatkan dengan rahmat-Nya dan tidak menjadikan air ini
(minuman) masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami”

Penutup: Berdoalah Untuk Mendapat
Keberkatan

Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang
mengiringi dan mendampingi kita.

Apabila kita makan tanpa berdoa misalnya, syaitan
akan menumpang makan bersama-sama kita.

Akibatnya, makanan yang kita makan akan
hilang keberkatannya.

Syaitan sentiasa menghasut dengan menimbulkan keraguan,
ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif dalam hati.

Inilah punca
kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang.

Jadi, hanya dengan
mengingati Allah menerusi doa, kita mampu menghalau syaitan yang sentiasa
mendampingi kita.

Jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi
sarana atau input yang baik-baik ke dalam hati kita.

Kesannya, manusia yang
sentiasa didampingi malaikat akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan,
keputusan dan tindakan dalam hidupnya.

Oleh sebab itu berdoalah, insyaaAllah
malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *