Emosi

Posted on
emosi
Sumber Gambar : Google

Assalamulaikum , Sahabat semua ,
Tajuk kali berkaitan pasal Emosi Manusia.

Goncangan emosi boleh menghancurkan seseorang jauh lebih cepat berbanding musibah
besar yang memunculkan emosi tersebut

Antara cara memastikan agar kesusahan tetap
berada di luar diri adalah dengan menjaga emosi.

Jangan biarkan emosi menguasai
diri kita pada saat kesusahan datang.

Sewaktu menghadapi kesusahan yang berat,
biasanya emosi negatif kita akan meningkat.

Kita cenderung menjadi panik, stress,
marah dan mengalami kesedihan yang melampau.

Itu semua akan mempengaruhi tindakan
kita selanjutnya.

Semua emosi negatif itu merupakan pintu bagi kesusahan untuk
masuk ke dalam diri, maka kesusahan yang kita alami akan menjadi semakin besar.

Sewaktu menghadapi masalah, sebesar mana pun masalah itu, kita hendaklah berusaha
untuk tetap tenang dan tidak emosional.

Sebahagian orang mengatakan jika kita
sedang marah, hati boleh panas, tetapi kepala hendaklah tetap sejuk.

Dengan begitu
keputusan yang akan diambil berikutnya akan tetap terkawal.

Jangan sampai diri kita
dikuasai oleh perasaan susah dan kerananya kita menjadi emosional dalam bertindak.

Pada perinsipnya kita boleh belajar daripada sesiapa sahaja, selagi yang
dipelajari itu merupakan sesuatu yang positif.

Mengawal Emosi Disaat Kesusahan
Menerjah

Orang yang berikut ini sama sekali bukan tokoh kegemaran kita semua untuk
diceritakan, tetapi terdapat sedikit kisah menarik yang boleh dijadikan pengajaran
dalam menghadapi kesusahan.

Orang yang akan dicerikan ini dianggap oleh Tun Dr.
Mahathir Mohammad sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan di
Asia Tenggara pada tahun 1998, iaitu George Soros.

Tidak mengapa kita bercerita
tentangnya, untuk mengambil sedikit pengajaran  yang positif.

George Soros dianggap
sebagai salah seorang pelabur yang paling menonjol ketika ini.

Walaupun begitu,
lalaki keturunan Yahudi Hungary ini bukannya tidak pernah melakukan kesilapan atau
kegagalan dalam hidupnya.

Pada pertengahan tahun 1987, Soros menjangkakan bursa
saham di Amerika akan mengalami peningkatan, sementara Jepun akan mengalami yang
sebaliknya.

Dia mengambil langkah bijak dalam pelaburan seiring dengan ramalanya.

Bagaimanapun, perkiraan ini ternyata silap.

Kira-kira sebulan kemudian, tepatnya
pada tarikh 19 Oktober 1987, bursa saham Amerika Syarikat mengalami kemorosotan.

Peristiwa yang dikenali sebagai peristiwa Black Monday itu merupakan salah satu
kemorosotan bursa saham Amerika yang terbesar dalam sejarah.

Sementara itu Jepun
ternyata berjaya menjaga bursa sahamnya dan tidak mengalami kemorosotan seperti
yang diramalkan oleh Soros.

Ini menyebabkan Soros dan syarikat pelaburanya, Quantum
Fund, mengalami kerugian besar di Amerika Syarikat dan Jepun secara serentak.

Kejadian itu menyebabkan Soros kehilangan semua keuntungannya untuk setahun.

Bagi
seorang pelabur, walau bagaimana kaya pun dia, perkara itu merupakan masalah yang
sangat besar.

Kerana ia berlaku secara tiba-tiba dan nyaris-nyaris melumpuhkan
perniagaanya.

Ia seperti gempa bumi dan bencana tsunami yang datang tanpa
disangka-sangka.

Bencana kewangan itu bukan sahaja dialami oleh soros seorang.

Ada
ramai lagi ahli perniagaan, pelabur dan pengurus yang terkena hentaman dahsyat
krisis kewangan tersebut.

Mereka menjadi tidak berdaya dan seperti kehilangan
semangat setelah kejadian itu.

Bagi kebanyakan pengurus ketika itu, kesusahan telah
masuk ke dalam diri mereka. Benteng pertahanan emosi  mereka runtuh.

Yang
membezakan Soros dengan ramai pelabur lain adalah dia lebih mampu untuk mengawal
jarak dengan emosinya.

Dia ternyata lebih mampu untuk mengawal untuk tidak
membiarkan kesusahan masuk ke dalam dirinya.

Dua minggu setelah kejadian itu, Soros
segera kembali ke pasaran kewangan dan mengambil langkah-langkah perlu dalam
pelaburan untuk mengukuhkan lagi syarikatnya.

Dia melupakan kegagalan yang telah
berlaku sebelumnya.

Pada akhir tahun itu, dengan kata lain dua bulan kemudian,
syarikatnya mengalami peningkatan 14.5% (Mark Tier, The Winning Investment Habits
of Warren Buffet & George Soros)

Jika Soros mampu melakukan hal begini, seorang
muslim sepatutnya lebih mampu dalam mengawal dirinya.

Apakah kita mampu mengawal
emosi saat berhadapan masalah?

Apakah kita mampu menjaga diri daripada kesusahan
dan membiarkan kesusahan itu tetap berada di luar diri kita?

Insyaallah kita boleh
melakukannya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *