Gadis ditipu warga emas “Hingga terpaksa tolak gaji RM310”

Gadis cashier dit1pu pakcik isi minyak, terp4ksa tolak gaji RM310

Seorang gadis cashier yang bekerja di sebuah stesen minyak terpaksa menggunakan sebahagian gajinya pada bulan ini selepas ditipu oleh seorang pakcik yang mahu mengisi penuh Hilux miliknya.

Menurut gadis itu, dia terpaksa membayar RM310 daripada gajinya bagi menampung kerugian yang dialami.

Katanya, dia didatangi seorang pakcik yang mahu mengisi minyak lalu pakcik itu memberikan duit RM50 untuk isian penuh.

Selepas selesai mengisi minyak, pakcik itu terus bergerak dari situ tanpa menjelaskan baki duit sebanyak RM310.

 

Menerusi perkongsiannya di Tiktok, gadis itu meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pakcik itu sehingga dia terpaksa menggunakan duit gajinya bagi menampung kerugian.

Sementara itu, kejadian tersebut mendapat perhatian pendakwah Ustaz Yaakub Yusra yang mahu membayar kerugian tersebut.

“InshaAllah saya akan gantikan nilai kerugian RM310 tu. Kesian adik ni. Siapa kenal dia tolong tag saya. Suku gaji bulan ini kena tolak sebab short macam ni.

.

“Kalau pakcik yang buat perangai ahli neraka itu terbaca mesej ini moga Allah kurniakan taufiq hidayah. Doa orang dizalimi makbul di sisi Allah. Moga adik yang diuji dirahmati Allah,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : My Sumber Maya Via my info kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published.