Ibu Kena Kecam Sebab B3ngang Yuran Mengaji Anak RM30 Kalau Senang Kenapa Tak Ajar Sendiri

Posted on

Ibu Kena Kecam Sebab B3ngang Yuran Mengaji Anak RM30 Kalau Senang Kenapa Tak Ajar Sendiri

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak, bukan sahaja dari segi pelajaran malah dalam pengajian Al-Quran. Jadi tidak hairan ramai yang sanggup berhabis untuk mencari tempat dan pengajar untuk anak-anak.

Namun, ada juga yang mengharapkan bayaran rendah untuk pembelajaran anak mereka, seperti satu perkongsian yang tular di media sosial ini seorang ibu bertanyakan bayaran kelas mengaji Al-Quran untuk anaknya.

Selepas diberikan harga untuk kelas tersebut iaitu sebanyak RM30, si ibu berkenaan seolah terkejut sehingga mempersoalkan kadar yang ditetapkan oleh pengajar berkenaan yang merupakan seorang guru agama.

Apa yang mengejutkan adalah maklum balas ibu berkenaan mengenai yuran RM30 itu. Wanita berkenaan turut bertanyakan, bukankah bayaran untuk kelas mengaji adalah seikhlas hati serta memperlekehkan tugas pengajar kelas Al-Quran.

“Bkan bayar seikhlas hati ke ustazah? Kalau keas tuisyen tak apalah bayar. Benda akademik penting untuk cari kerja. Lepas tu susah ajar akademik ni.

“Tapi ni kelas mengaji, ajar macam tu je. Tak susahkan? Kecewa saya,” tulisnya.

Jawapan wanita itu sekaligus menimbulkan kemarahan netizen yang mempersoalkan berapa sebenarnya jumlah bayaran seikhlas hati yang perlu dibayar, adakah hanya RM5 sahaja.

Seorang netizen turut mengkritik tindakan ibu tersebut yang sanggup bayar mahal untuk akademik tetapi tentang hal akhirat hanya sambil lewa sahaja.

Mungkin berang dengan jawapan wanita itu, seorang netizen ini turut mempersoalkan semula jika mengajar Al-Quran itu perkara mudah kenapa dia sendiri tidak mengajar anaknya.

Anda dah baca? Apa pula pendapat anda jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih

Sumber : ROTIKAYA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *