Inilah Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Mengelakkan Sifat Pelupa

Posted on

Inilah Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Mengelakkan Sifat Pelupa, Buat anda yang bergelar pelajar, pasti anda pernah mendengar dan mengamalkan pelbagai jenis doa untuk membantu memudahkan perjalanan dan proses pembelajaran anda sama ada di bangku sekolah, kolej mahupun universiti.

Bukan mudah untuk menjadi pelajar yang cemerlang dengan beberapa jenis subjek yang perlu diingati terutamanya sebelum menjelang peperiksaan. Dengan usaha yang jitu selari dengan doa, kejayaan pasti akan menyusul.

Malah, terdapat banyak doa yang telah diajarkan oleh Islam untuk membantu agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan mempunyai daya ingatan yang kuat.

Berikut merupakan antara doa yang boleh diamalkan bukan sahaja untuk pelajar malah semua golongan bagi membantu menguatkan daya ingatan.

1 – Doa Yang Dibaca Oleh Rasulullah

Doa ini diriwayatkan akan dibaca oleh Baginda SAW bagi memohon dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan.

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Maksud: “Ya Allah, aku meminta kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda akan ketetapanmu dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.” (Hadis Riwayat As-Suyuthi, no. 6118)

2 – Doa Nabi Musa

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِ
يَفْقَهُوا قَوْلِي

Mafhum: “Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.” (Surah Taha, 20: 25-28)

3 – Doa Penerang Hati

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksud: “Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul serta ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abdullah ibn Mas’ud, 1/252)

Kesimpulan

Banyak lagi doa yang boleh diamalkan untuk membantu proses pembelajaran anda berjalan dengan lancar. Apa yang paling penting ialah usaha juga perlu diselarikan dengan doa kerana kejayaan tidak akan datang bergolek tanpanya.

Wallahu a’lam.

Semoga bermanfaat, jangal lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *