Inilah Empat Perkara Yang Dilakukan Oleh Neelofa Sebelum Tidur

Posted on

Inilah Empat Perkara Yang Dilakukan Oleh Neelofa Sebelum Tidur

SETIAP umat Islam diperintahkan Allah untuk saling mengajak berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Selain itu, bersikap saling ingat-mengingati dan memberi nasihat juga adalah sebahagian yang dituntut dalam agama.

Seperti satu perkongsian Pertubuhan Kasih Neelofa milik selebriti usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa.

Menerusi perkongsian Instagram @kasihneelofa itu, terdapat empat perkara amalan yang dilakukan Neelofa sebelum tidur.

 

Ini empat perkara yang Neelofa lakukan sebelum tidur:-

1. Selesaikan yang wajib (solat Isyak)

2. Selesaikan semua konflik dengan manusia.

Jika tak boleh selesai, maafkan.

3. Ambil masa bercakap dengan Allah.

Duduk seorang diri dan cakap apa yang kita lalui, apa jumpa hari itu dan apa yang kita harapkan kebaikannya. Hanya bercakap sahaja.

Contoh: “Ya Allah, hari ini aku berjumpa dengan seorang ini, Ya Allah, baiknya dia banyak dapat belajar daripadanya, lindungi dia Ya Allah,”

4. Selesaikan semua urusan besar.

Tulislah pesanan atau wasiat bimbang-bimbang kita tak bangun dah esok hari.

Walaupun nampak seperti benda simple, namun ia perkara terbaik untuk kita semua amalkan.

Anda dah baca,apa pendapat anda jangan lupa komen dan share ya,terima kasih

Sumber : Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *