Inilah Kisah Inspirasi Salah Seorang Sahabat Rasulullah SAW Yang Terkenal Dengan Kekayaannya Saidina Uthman

Posted on

Inilah Kisah Inspirasi Salah Seorang Sahabat Rasulullah SAW Yang Terkenal Dengan Kekayaannya Saidina Uthman

Pagi-pagi ini, teringin nak kongsi kisah inspirasi salah seorang sahabat Rasulullah yang terkenal dengan kekayaannya semasa berada di Mekah tetapi ketika hijrah ke Madinah semua hartanya ditinggalkan dan hanya sehelai sepinggang menuju Madinah.

Sesampai di Madinah, Rasulullah telah mempersaudarakan Saidina Uthman dengan Saad Al-Ansari yang juga merupakan salah seorang peniaga di Madinah.

Saad al-Ansari menawarkan separuh hartanya kepada Saidina Uthman tetapi Saidina Uthman menolaknya.
Beliau tetap berkeras hanya ingin meminjam 50 dirham daripada saudaranya itu kerana beliau yakin dengan kemahirannya dalam berniaga.

Dengan bermodalkan 50 dirham tersebut, Saidina Uthman telah membeli seekor unta dan menjual semula unta tersebut dengan harga 50 dirham.

Pada logik akal, jualan unta dengan harga beli yang sama dengan harga jual langsung tidak mendatangkan keuntungan, tetapi dengan kebijaksanaan daripadanya, maka modal tersebut telah bertambah beratus kali ganda.

Apa yang sebenarnya dilakukan oleh Saidina Uthman untuk mengembangkan perniagaannya yang hanya bermodalkan 50 dirham tersebut?
Saidina Uthman membeli unta yang bersamanya tali penambat dan menjual semula unta sahaja tanpa talinya dengan harga 50 dirham.

Tali penambat daripada unta tersebut diambil oleh Saidina Ali sebagai barang dagangannya semula.
Disebutkan bahawa, pada suatu ketika semua unta-unta yang ada di Madinah tidak ada tali penambat sedangkan tali merupakan satu keperluan kepada unta sebagai penambat.

Oleh kerana semua tali penambat berada di tangan Saidina Uthman, keperluan tersebut menyebabkan mereka terpaksa mencari Saidina Uthman untuk membeli tali dan bermula di situlah perniagaannya mula berkembang dengan maju.

Saidina Uthman jugalah yang telah berjaya memecahkan penguasaan kaum Yahud1 yang sekian lama menguasai perniagaan di Madinah termasuklah sumber airnya.

Maka dengan kekayaan yang dimiliki oleh Saidina Uthman, beliau akhirnya menggunakan semula kekayaannya di jalan Islam seperti membeli beberapa bidang tanah untuk pembesaran masjid Nabawi, membeli perigi sebagai sumber minuman kaum muslimin, sumbangan keperluan p3perangan, melepaskan orang yang sedang menanggung hutang dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, kekayaan yang dimiliki oleh beliau semuanya digunakan untuk membantu perkembangan Islam sehingga setiap kali Rasulullah memerlukan penyumbang untuk kepentingan Islam, Saidina Uthmanlah antara yang paling banyak memberikan sumbangan dan perkara tersebut mengembirakan hati Rasulullah.

Daripada kisah kekayaan Saidina Uthman di atas, beberapa pengajaran boleh diambip sebagai panduan bersama :

1. Tidak salah mengejar kekayaan kerana kekayaan mampu membantu dalam perkembangan Islam.

2. Carilah sebanyak mungkin harta tetapi hubungan dengan Allah twtap yang utama. Saidina Uthman tetap menuntut ilmu, solat berjemaah, solat sunat malah beliau juga merupakan seorang pakar rujuk Quran.

3. Harta yang banyak boleh menjadi asbab kita masuk ke syurga kerana banyaknya amalan yang kita boleh lakukan seperti membantu orang sudah melalui zakat dan sedekah.

4. Berniagalah tetapi elakkan penipuan, rib4 dan segala bentuk keke1ruan dalam perniagaan supaya adanya keberkatan di sisi Allah.

5. Jangan sombvng kerana segala sesuatu tersebut adalah daripada Allah.

Semoga perkongsian ini memberi banyak manfaat kepada kita dan kita dapat mencontohi kehebatan para sahabat Rasulullah dalam menjalani kehidupan harian.

In shaa Allah.

Anda dah baca?Apa pula pendapat anda?Jangan lupa komen dan share ya.Terima kasih

Sumber :Zahiruddin Juatin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *