Inilah Rahsia Disebalik Larangan Tidur Selepas Subuh dan Asar

Posted on

Rahsia Disebalik Larangan Tidur Selepas Subuh dan Asar, Rezeki Allah ada dua jenis, yang pertama rezeki material dan duniawi seperti wang ringgit dan kekayaan. Lagi satu rezeki spiritual iaitu kebahagian, ketenangan dan taufik hidayah Allah.

Larangan tidur selepas waktu Subuh dan Asar berkait rapat dengan Rezeki kita setiap hari.

Rezeki material dan duniawi , Allah turunkan kepada hambaNya selepas subuh, manakala rezeki spiritual Allah turunkan kepada hambaNya selepas asar.

Orang-orang tua dulu selalu pesan jangan tidur selepas subuh dan asar.

Semoga di tahun 2019 ini, sama-sama la kita berusaha elakkan diri dari tertidur selepas subuh dan asar. Kalau ngantuk sangat cuba cari benda yang best nak buat.

Refleksi diri, jika susah hati dan sempit rezeki dunia mungkin sebab kita tidur ketika rezeki itu turun kepada kita. Rugi yer kan tidur waktu rezeki itu diturunkan?

Larangan Tidur Selepas Subuh dan Asar

Bukankah amalan ini lebih baik jika dibandingkan dengan tidur selepas subuh sehinggakan kadang kala kita terjaga ketika matahari tegak di atas kepala. Rasulullah SAW melihat anaknya Fatimah R.A berbaring selepas solat subuh, lalu baginda bersabda maksudnya:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia diantara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari.” (riwayat Al Baihaki)

Solat sunat Dhuha juga turut kita abaikan apabila kita mengamalkan tidur selepas subuh. Walhal, waktu Dhuha merupakan waktu yang mustajab untuk kita memohon rezeki. Pintu-pintu rezeki terbuka luas pada waktu Dhuha untuk hamba-Nya yang berlumba-lumba mencari rezeki dan mendapatkan keredhaan-Nya. Sekiranya kita tidur selepas subuh, kita seolah-olah sombong dan menolak rezeki yang Allah janjikan di pagi hari. Aktiviti yang lebih bermanfaat bagi dunia dan akhirat lebih baik dikerjakan daripada tidur selepas subuh. Salah satu amalan sihat Rasul adalah bangun sebelum subuh (untuk solat malam) dan beraktiviti setelah subuh.

Lebih-lebih lagi sekarang umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan. Alangkah indahnya sekiranya kita melakukan ibadah selepas sahur dan solat subuh seperti bertadarus, dan menghadiri majlis ilmu. Bulan Ramadan juga akan lebih bermakna dengan memperbanyakkan amalan mulia. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda mafhumnya;

“Wahai tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi.”

Adalah Nabi SAW, jika baginda menghantar seangkatan tentera, baginda akan menghantarnya di awal pagi.

“Adalah saudagar itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal pagi maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).” Riwayat Abu Daud, Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.

Nabi SAW amat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. Ini dilihat dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama’ amat menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang berfaedah lagi berpahala.

Terdapat banyak keburukan tidur selepas subuh antaranya :

badan kita akan menjadi lemah dan tidak bermaya sepanjang hari.
Badan akan lemah sekiranya kita tidur berlebihan dan kurang mendedahkan kulit dengan cahaya di siang hari.
akibat tidur selepas subuh juga ialah badan kurang sihat oleh kerana tidak mengamalkan aktiviti riadah di siang hari.

Seterusnya, tidur selepas subuh boleh mematikan hati sebagaimana Ulama’ ibnu Qayyim mengatakan bahawa tidur selepas subuh boleh mematikan hati, membuatkan badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga. Apalagi jika ada keperluan kerana bekerja di waktu malam untuk kesegaran saat menjalani hari. Secara ilmiah dari berbagai rujukan, tidur setelah subuh dapat menyebabkan kepikunan (nyanyuk).

Kesimpulannya, lihatlah kepada diri kita ini, ada sifat malas dalam diri yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah sikap pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka.” (surah Ar-Ra’d : ayat 11).

Sekian perkongsian majalah ilmu pagi ini, Alhamdulillah, Semoga pembaca Majalah ilmu pagi ini badan segar berbanding hari-hari sebelumnya, InshaAllah semoga hari ini lebih sihat dan bertenaga untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan suami di rumah, dan semoga rezeki anda dan keluarga melimpah ruah tahun ini, Amin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Majalah Ilmu.

Sumber : harakahdaily & ceritahuda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *