“Isteri bertuah miliki awak” – Pelakon, Edika Yusof Tak B0san Jaga Isteri Lumpµh Sejak 16 Tahun Lalu 

0

Umum mengetahui mengenai pelakon tampan, Edika Yusof yang setia dan cekal menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu.

Pelakon berusia 54 tahun itu juga sebelum ini mengambil keputusan bagi mengµrangkan penglibatan dalam industri hiburan dan memilih untuk menjaga isteri yang tersayang.

Terbaru, pelakon filem Maria Mariana itu berkongsi satu video di laman Instagram sempena ulang tahun perkahwinan mereka sehingga undang sebak netizen.

Menerusi posting tersebut, Edika menitipkan ucapan yang sangat romatis bahawa dia merupakan suami paling bertuah kerana memiliki isteri tercinta di sisinya.

“Saya suami yang paling bertuah kerana memiliki awak sebagai isteri. Saya bersyukur kepada Allah kerana memilikimu. Happy Anniversary isteriku,” tulisnya.

Selain itu, isterinya Nor Hidayah Yusri juga kelihatan gembira dan menguntum senyuman kerana bersyukur dikurniakan suami yang setia menjaganya tanpa jemu selama lebih sedekad.

Ruangan komen posting tersebut dibanjiri dengan ucapan ulang tahun perkahwinan selain turut memuji kecekalan dan kesetiaan Edika yang tidak semua lelaki mampu melakukan.

‘Happy anniversary!’

Ramai juga yang mengatakan bahawa isterinya sangat bertuah kerana memiliki Edika yang sentiasa kekal disisinya sepanjang 16 tahun.

Ramai tersentuh dengan Edika Yusof.

Isteri pelakon Edika Yusof iaitu Norhidayah Yusri, 45, tersentuh dengan doa dan ucapan orang ramai selepas video dia menjalani rawatan fisi0terapi yang dimuat naik di Instagram oleh suaminya itu mendapat perhatian ramai.

Norhidayah yang lµmpuh separuh badan berkata, dia dan Edika, 55, begitu menghargai setiap komen berkenaan dan bersyukur kerana ramai yang mengambil berat.

“Saya pun terkejµt juga apabila diberitahu suami perkongsian itu mendapat reaksi luar biasa. Dia pun sampai tak terbalas komen yang ditinggalkan kerana sibuk dengan penggambaran.

“Apapun, terima kasih buat semua yang mendoakan dan semoga doa anda termakbul untuk saya mendapat kesembuhan. Rawatan fisioterapi itu sebenarnya sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh saya walaupun lumpuh separuh badan,” katanya.

Norhidayah yang lumpuh sejak 16 tahun lalu berkata, Edika tidak pernah mengabaikannya dan dialah yang paling tegas dalam hal penjagaan seharian ke atas dirinya.

“Suami sudah seperti doktor saya. Dia akan memastikan saya mengambil semua ubat mengikut masa ditetapkan dan sentiasa menyediakan apa yang patut sebelum dia keluar bekerja.

“Syukur, anak-anak pun sudah besar sekarang dan jika suami tiada di rumah, merekalah yang akan tengok-tengokkan saya. Mereka akan bersilih-ganti mengikut kelapangan masa untuk menjaga saya.

“Suami pun kembali aktif berlakon sejak lebih dua tahun yang lalu. Bagaimanapun, ketika penggambaran, dia tetap menghubungi saya untuk mengingatkan saya makan ubat,” katanya.

Semalam, pelakon popular era 1990-an itu memuat naik video dia membawa isteri membuat rawatan dengan berkata tidak akan putµs semangat menjaga kesihatan Norhidayah.

Terdahulu, pengorbanan dan kesetiaan Edika menjaga isterinya yang lumpµh sejak 2005 mendapat perhatian serta pujian orang ramai.

Malah, pelakon terbabit menolak untuk berkahwin lain dan mahu terus setia bersama Norhidayah.

Sekadar info, Edika Yusof (Mohd Yusof Abd Majid, Lahir 22 April 1967) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau mencipta nama sebagai pelakon dan model iklan yang popular di era 90an. Meskipun kerap membawa watak anak orang kaya, bongkak tetapi sebenarnya beliau berasal dari keluarga biasa.

Edika Yusof dilahirkan pada 22 April 1967 dan berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Anak sulung daripada 6 beradik, beliau berketurunan Pakistan. Edika ialah bekas pelajar Sekolah Menengah St. John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Edika Yusof dan Norhidayah mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, 20, Fardeen Nasrulhaq, 16, dan Fereena Nurulhaq, 15.

Sumber BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *