Jangan Sedih Dan Takut , Allah Telah Mengatur Rezekimu .

Posted on

Jangan Sedih Dan Takut , Allah Telah Mengatur Rezekimu .

 

Firman Allah : Wahai orang susah kamu jangan risau dengan kesusahan kamu , jangan bunuh anak kamu kerana kamu susah kerana akulah akan memberi rezeki kepadamu wahai oleh yang susah .

Bukan cuma kamu yang aku bagi rezeki tetapi anak kamu pun aku bagi .

Seseorang yang hidup senang dan takut akan susah di masa akan datang dan Allah berfirman , jangan kamu bunuh anakmu kerana takut susah dikemudian hari . Wahai orang yang  saat ini tidak susah , kamu jangan risau akan anak yang akan dilahirkan daripada kamu dan jangan kamu takut miskin di masa akan datang kerana kami yang bagi rezeki mereka .

Allah akan memberi rezeki bergantung pada keadaan seseorang . Allah sudah berfiman dengan tepat bahawa bukan manusia yang memberi rezeki .

Tidak ada mana-mana binatang , makhluk Allah yang membawa rezekinya sendiri . Allah yang memberi rezeki kepada mereka .

Kata Habib Ali Zaenal Abidin : Tetapi peliknya ada jaminan seperti ini yang Allah firman dan masih ada manusia yang masih mengeluh akan rezekinya . Jadi dalam Al-quran ini sudah dinyatakan jadi siapa yang mahu meyakininya ? kita manusia yang mesti yakin akan al-quran

Tidak ada seseorang yang akan mati atau tiba ajalnya sehingga rezekinya sampai walaupun sesuap nasi yang akan sampai kepada mulutnya , pasti akan sampai .

al imam abdullah bin haddad mengatakan :

Yang Allah sudah tentukan untuk orang lain , takkan mungkin akan sampai kepada engkau . Nak berusakan , nak panjat sana nak panjat sini kalau itu bukan milik engkau tetapi milik orang , takkan sampai kepada engkau walaubagaimanapun juga .

Tapi yang ditentukan oleh Allah untuk pasti akan datang walaupun orang itu nak halang walaupun orang itu berusaha nak sekat  . Kalau Allah sudah tentukan untuk kamu pasti akan sampai .

Apa yang sudah dibuka oleh Allah untuk diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki nescaya tiada siapa yang boleh menghalang dan sesiapa yang sudah ditahan oleh Allah untuk tidak diberi rezeki tiada sesiapa yang boleh membuka .

Kesimpulannya , kita sebagai umat islam mestilah bersyukur atas segalanya kerana dengan rahmat Allah kita akan in shaa allah dipermudahkan segala urusan .

 

Anda da baca . jangan lupa share & like yer . Terima kasih

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *