Jual Nasi Lemak Pukul 2.30 Pagi, Sungguh Sedih Dibuatnya Bagi menghadapi zaman yang serba mencabar sekarang ini

0
Jual Nasi Lemak Pukul 2.30 Pagi

Ternampak Wanita Jual Nasi Lemak Pukul 2.30 Pagi, Lelaki Ini Singgah dan Tersentuh Hatinya Apabila Terlihat … Sungguh Sedih Dibuatnya Bagi menghadapi zaman yang serba mencabar sekarang ini,

Netizen tiada pilihan selain terpaksa mencari part time job atau mulakan bisnes kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan harian. Itu lah lumrah sebenar.

Jual Nasi Lemak Pukul 2.30 Pagi

Semasa dalam perjalanan pulang pada pukul 2.30 pagi, lelaki ini ternampak seorang wanita sedang berniaga di tepi jalan Jual Nasi Lemak Pukul 2.30 Pagi. Dia singgah dan apa yang menyedihkan bila terlihat si suami pula sedang menjaga dan mendodoikan anak mereka yang masih kecil di dalam kereta.

2.30 pagi, anak menangis dalam kereta Saya nak kongsi cerita sikit. Pukul 2.30 pagi saya baru balik dari runner. Dalam perjalanan balik saya nampak cahaya lampu bawah kanopi kecil di tepi jalan. Saya try pergi tengok, rupanya ada orang tengah jual nasi lemak.

Pelik juga tengok jual nasi lemak tepi jalan pukul 2.30 pagi macam ni. Kalau siang kita selalu tengok orang jual nasi bajet, ni jual nasi lemak. Dah lah sunyi .

Alang-alang ada dekat situ saya beli jela nasi lemak RM2 sebungkus, boleh buat sahur. Tengah-tengah akak ni bungkus tiba-tiba bunyi budak menangis dalam kereta.

Rupanya suami dia tengah dodoikan anak dalam kereta saga lama. Susahnya tengok pasangan ni. Malam isteri berjaga jual nasi lemak, suami pula teman dia jual. Mungkin suami kerja siang.

Jual Nasi Lemak Pukul 2.30 Pagi

Orang senang mungkin tengah tidur lena

Moral of the story. Kesian tengok mereka mencari sesuap nasi, berjaga waktu pagi dan Jual Nasi Lemak Pukul 2.30 Pagi. Jual nasi lemak cuma RM2. Orang yang senang mungkin tengah tidur lena, orang macam mereka ni pula…nilai sendiri.

Kepada yang tinggal di Cabang Tiga, Hiliran, Losong Terengganu atau berhampiran khususnya anak muda yang berjaga malam tu pergi lah beli nasi lemak dia boleh buat sahur. Support orang susah. Lokasi depan 7E cabang tiga, sebelah Shell cabang tiga.

Saya terfikir, kalau nasi lemak tak habis mungkin dia tunggu orang lagi. Mungkin makin lambat lah dia balik rumah. Kesian pula dekat anak kecil yang tak boleh nak tidur dengan keadaan macam ni. Dengan cuaca sejuk pagi macam ni.

Selepas story akak jual nasi lemak ini dikongsi lelaki tersebut, orang ramai yang masih belum tidur terus pergi beli dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu akak ini.

Screen Shot 2016 06 07 at 12.04.38 PM

Baca Juga:Panduan Terbaik Membina Kandang Kambing Bajet Tanpa Kerugian

Kredit : ohbulan

Leave a Reply

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.