Kerana terlalu rindu dengan ibu bapa,2 beradik ini sanggup menyorok bawah bas yang bergerak sejauh 80 kilometer

0

Kerana terlalu rindu dengan ibu bapa,2 beradik ini sanggup menyorok bawah bas yang bergerak sejauh 80 kilometer

2 kanak-kanak sanggup menyorok dibawah bas sepanjang 80 kilometer perjalanan semata-mata mahu berjumpa orang tua mereka mereka yang bekerja di bandar. Kanak-kanak tersebut dipercayai datang dari sebuah perkampungan miskin di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi.

Menurut sumber Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan dan sembilan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan apabila bas berkenaan berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.

“Mereka sangat kurus sehingga dapat menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata seorang pekerja stesen bas.

Anggota badan kanak-kanak terbabit dipenuhi dengan lumpur kerana terlibat dengan perjalanan yang agak jauh sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.

Sementara itu, mereka menumpang bas yang membuat perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa orang tua mereka bekerja di sana.

“Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka,”kata pekerja itu.

Keluarga kanak-kanak itu mengambil mereka selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mereka pada petang hari yang sama.

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *