Kini jadi penyanyi, pembantu peribadi Vida tidak lagi berhijab?

Bagi peminat Datuk Seri Vida, pasti mengenali susuk tubuh seorang wanita dikenali sebagai Diyla yang memikul tanggungjawab sebagai pembantu peribadi (PA) kepada usahawan kosmetik tersebut.

Terbaru, Diyla menerima kecaman hebat netizen apabila dilihat tidak lagi mengenakan hijab menerusi hantaran video di aplikasi TikTok miliknya.

Difahamkan, wanita yang fasih berloghat Kelantan itu kini menceburi bidang nyanyian apabila tampil dengan single berjudul Khilaf duet bersama TikToker bernama Faiz Aizif.

Menerusi video dimuat naik, dia yang mengenakan dress labuh berwarna hijau tanpa berhijab dilihat sedang menari mengikut rentak lagu hindustan bersama seorang wanita.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan penampilan terbaru Diyla itu selain mendakwa wanita terbabit kononnya mahukan populariti semata-mata.

Walau bagaimanapun, ada segelintir individu mengatakan Diyla belum menutup aurat sepenuhnya atau ‘on off’ tudung dan hanya memakai hijab ketika waktu kerja.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Diyla masih menjadi PA Vida atau sebaliknya memandangkan dia kini sudah sibuk bergelar penyanyi.

Sumber dan rujukan

TikTok @_diylajazz VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *