Dalam diam makin maju “Kini khairulaming mampu buka kilang kedua” Hingga mampu jana RM1…

Makin maju! Khairulaming buka kilang kedua, jualan sambal raih RM14 juta

Chef selebriti, Khairulaming terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila mengumumkan bakal membuka kilang keduanya bagi pengeluaran sambal tidak lama lagi.

Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu berkata, jualan produk sulungnya Sambal Nyet Berapi juga telah mencecah RM14 juta selepas dihasilkan sejak awal tahun lalu.

“Selepas setahun setengah beroperasi, Alhamdulillah hari ini jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah sejuta botol sambal dimana bersamaan jualan sebanyak RM14 juta.

.

“Kalau sebelum ini kita masak dan jual lebih kurang dalam 200 botol sehari, sekarang kita naik ke 5,000 botol sambal sehari. Team kita pun dah berkembang dari lebih kurang lapan naik ke 50 orang.

.

“Selain itu, parcel pun kita hantar berguni-guni sehari, tapi sekarang dah naik ke tiga lori kurier sehari dan saya gembira nak umumkan..

.

“Kita akan tambah lagi satu kilang baru. Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi korang, selamat datang ke kilang kedua saya,” katanya menerusi sebuah video di laman Twitter.

Difahamkan, kilang baru berkeluasan 22,000 kaki persegi itu terletak di Kota Bharu, sama seperti kilang pertama yang sedang akan menampung pengeluaran tambahan produk sambalnya

“To grow further, kita akan tambah kilang kedua yang seluas 22,000 sqft di Kota Bharu. Kilang ini akan menampung production tambahan untuk Sambal Nyet…

“…dan juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti,” tulis personaliti media sosial berusia 30 tahun itu.

Sementara itu, dia turut mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai yang menjadi sebahagian perjalanannya dalam perniagaan sambal sehingga berjaya membuka dua kilang.

“Thank you so much kepada semua yang menyokong dari awal launching dulu sampai ke hari ni. Thank you for being part of the journey. Will keep you guys updated on the upcoming progress,” kongsinya.

Sumber Dan Rujukan

Twitter Khairulaming  Via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.