Kita Tak Perlu Tergesa-gesa Halalkan Orang Yang Berhutang. Ada Penjelasannya

Posted on

Kita Tak Perlu Tergesa-gesa Halalkan Orang Yang Berhutang. Ada Penjelasannya PERKARA biasa jika ada kawan-kawan yang berhutang. Perkara biasa juga jika ada kawan-kawan yang tak bayar hutang.

Ada ketika tuntut semula hutang seolah-olah seperti kita pula yang meminta sedekah. Mukanya selamba, muka kita pula yang malu-malu alah. Ada juga sehingga putus silaturrahim.

Ramai yang malas ambil pusing lalu halalkan sahaja. Sikap yang bagus tapi agak kurang beruntung. Saya nasihatkan jangan dihalalkan orang berhutang itu. Tapi berikan dia masa untuk membayarnya.

Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya katanya;

“Saya mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’.

“Kemudian aku mendengar baginda berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesem pitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.

“Aku pun bertanya, Wahai Rasulullah, engkau kata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesem pitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’. Kemudian aku mendengar engkau berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesem pitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.

Kita Tak Perlu Tergesa-gesa Halalkan Orang Yang Berhutang. Ada Penjelasannya

Lalu baginda bersabda, ‘Dia akan dapat pahala satu sedekah untuk setiap hari sebelum tiba waktu pembayaran. Jika tiba masa pembayaran lalu dia masih memberi masa, dia akan mendapat pahala dua kali sedekah untuk setiap hari’.” [HR Ahmad 22942; Isnaduh Sahih]

Contoh, jika anda memberi tempoh 2 bulan untuk melunaskan hutang kepada si peminjam, maka selama 2 bulan itu anda akan mendapat satu pahala sedekah setiap hari, Insya’Allah.

Apabila telah sampai tempoh dua bulan tadi, anda beri lagi masa kepada peminjam, maka ketika itu anda akan mendapat 2 pahala sedekah setiap hari, Insya’Allah.

Tapi apa nilainya satu pahala sedekah itu? Banyakkah? Saya bawakan beberapa hadis lain untuk menunjukkan betapa besarnya satu pahala sedekah itu.

[HR al-Tirmidzi 2616; Sahih]

“Sedekah memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api.” [HR al-Tirmidzi 2616; Sahih] “Hindarkan dirimu dari Neraka walaupun hanya dengan separuh kurma, jika tidak ada maka dengan bertuturlah kata yang baik.” [Muttafaq ‘alaih]

“Setiap orang di bawah naungan sedekahnya sehingga diputuskan hukum di antara manusia.” – [HR Ahmad dan Hakim dan disahihkan oleh Al-Albani]

Dan ada banyak lagi hadis tentang kelebihan sedekah termasuklah mengubati penya kit jasmani.

Begitu besar pahala sedekah sehingga boleh mengha puskan dosa, menghindarkan Neraka, menjadi naungan di Mahsyar, dan ada pelbagai hadis lain yang jika anda teliti menunjukkan amalan sedekah ini adalah amalan yang besar manfaatnya.

Dan anda pula memiliki pahala sedekah setiap hari, hanya kerana anda melanjutkan tempoh kepada peminjam untuk membayar hutang. Boleh jadi hutang itu hanya RM10 sahaja. Atau bahkan mungkin RM1?

Jadi, biarlah jika hutang anda berpuluh tahun tidak dibayar, anda tetap mendapat pahala sedekah setiap hari yang sebenarnya sangat besar di sisi Allah.

Dan akhir sekali

Dan akhir sekali, jika si peminjam telah mampu untuk membayarnya walaupun setelah dia ma ti melalui warisnya, maka ketika itu, anda sedekahkanlah sahaja kerana ada hadis lain yang berbunyi;

“Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan atau menghalalkan hutang itu, Allah akan melindunginya di bawah bayanganNya.” [HR Muslim 7512].

Allahua’lam. Semoga bermanfaat. Barakallahufikum.

Sumber : redempire03

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *