Kumpul Duit Jual Kangkung, Remaja Berjaya Ke Menara Gading
Pada zaman sekarang, pelajaran adalah sangat penting bagi menjamin masa depan yang cerah. Ramai anak muda yang berebut-rebut untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana menggangap perkara itu akan membanggakan ibu ayah mereka.
Kumpul duit belajar dengan menjual kangkung…hampir putus asa tetapi mendapat sokongan orang lain.
Jika tak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah gambaran remaja yang gigih mencari wang dengan menjual kangkung dengan harapan untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Namun, bagi merealisasikan impian tersebut tidak mudah bagi orang yang tidak berkemampuan seperti remaja ini.
“Ayah tak lekang beri kata-kata semangat…takkan lepaskan peluang untuk belajar sebaiknya”
Pengasas Yayasan Raja Shamri turut banyak membantu dalam persiapannya sebelum mendaftar di Politeknik Kota Bahru. Bukan itu sahaja, anak sulung daripada dua adik beradik berkenaan juga dinasihati oleh ayahnya supaya jangan mudah berputus asa sepanjang belajar.
Semalam, Muhammad Ishkhandar Mokhtar dikhabarkan telah berjaya mencapai hasrat tersebut cita-citanya apabila diterima sambung diploma dalam bidang Kejuteraan Mekatronik. Walaupun pernah berputus asa dahulu, namun sokongan moral orang sekeliling telah banyak membantu merealisasikan lagi impiannya.
Selain mengejar cita-citanya, Ishkhandar juga tak melepaskan peluang keemasan tersebut untuk membalas jasa ibu bapanya.
Sumber :Portal Harian Metro via coretannasihat