Lelaki minta air panas buat susu anak, pekerja siap bantu cucikan botol
Lelaki minta air panas buat susu anak, pekerja siap bantu cucikan botol
Bukan susah untuk berbuat baik, kadang kala hanya memerlukan sedikit kesungguhan. Selain meraih ganjaran pahala, ia juga boleh membuatkan seseorang itu tersenyum sepanjang hari.
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalaman manis ketika berurusan dengan seorang pekerja Starbucks di cawangan berdekatan Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.
Menurut @angahazie888 ketika di premis tersebut, dia meminta sedikit air panas daripada pekerja berkenaan kerana mahu membancuh susu anaknya.
Lebih membuatkan dia terharu apabila pekerja itu bukan sahaja mengisi air panas mengikut sukatan sepatutnya, malah turut bertindak membasuh botol susu anaknya sehingga bersih.
“Terima kasih kat brother (pekerja) ni. Minta air panas sikit nak buat susu anak. Siap basuh sekali, ikut letak line air lagi,” tulisnya.
Rakaman berdurasi 35 saat itu memaparkan pekerja terbabit sedang membasuh botol susu di bahagian singki sebelum mengisi air panas dengan teliti
Video berkenaan mendapat 462,000 tontonan dan hampir 900 komen netizen yang rata-rata memuji kebaikan pekerja itu yang dianggap membantu memudahkan urusan orang lain.
Malah, segelintir juga mendoakan anak muda itu memperoleh ganjaran pahala dan dinaikkan gaji hasil kerajinan terhadap pekerjaan dilakukan.
Sumber dan rujukan
TikTok @angahazie888VIA OMM