“Lu peneman, bukan lu punya duit” -TikToker tak suka wanita ikut ketika ‘shopping’

0

“Lu peneman, bukan lu punya duit” -TikToker tak suka wanita ikut ketika ‘shopping’

Konten-konten yang bersepah di TikTok bukan semuanya tidak memberikan ilmu kepada kita. Ada juga konten yang bermutu dan membolehkan ia menjadi panduan bersama.

Jadi, seeloknya kita sebagai pengguna media sosial terus ‘meramaikan’ konten yang berilmu kerana memberi manfaat kepada ramai orang dan bukannya mengeluarkan video mengutuk ataupun ‘membebel’ meluahkan rasa tidak suka kepada sesuatu isu.

Tak suka wanita join belek2 barang bila ajak teman shopping

Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook yang meluahkan rasa kurang setuju dengan ‘konten sampah’ dari seorang TikToker.

Dalam video terbabit, TikToker lelaki itu seakan menganggap semua wanita ‘kaki kikis’ lebih-lebih lagi ketika keluar berbelanja.

Kau sorang macam tu mat

Menerusi muat naik yang dilakukan oleh Gee Ieta, dia mempertanyakan semula kepada TikToker terbabit mengapa dia begitu galak mengutuk wanita sepertinya wanita tidak mempunyai duit sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang merasakan yang lelaki itu tidak patut memukul rata sahaja wanita hanya disebabkan beberapa orang yang berpelakuan sebegitu.

Di sebabkan video tersebut menjadi perdebatan di laman sosial, lelaki terbabit telah membuat satu lagi video seakan menjelaskan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan.

Merujuk kepada wanita tak guna saja katanya

Menurutnya, apa yang diperkatakan dalam video sebelum ini adalah merujuk kepada wanita tak guna dan bukan kepada wanita-wanita yang berdikari ataupun wanita yang menanggung biawak hidup.

Oleh itu, dia sempat menitipkan pesan kepada wanita di luar sana supaya mencari lelaki yang berkualiti sepertinya supaya tidak menjadi mangsa kaki kikis.

Mana nak dapat keyakinan macam tu

Walaupun telah menjelaskan apa yang dimaksudkan, namun netizen tetap juga berasa meluat dengan apa yang diperkatakan dalam video sebelum ini dan menganggap lelaki itu seperti ‘masuk bakul angkat sendiri’.

Mereka juga sempat bertanya secara sinis dimanakah mencari keyakinan dalam mengatakan diri sendiri kacak seperti yang dinyatakan di dalam video terbabit.

Apa-apapun, terpulang kepada diri sendiri jika mahu pergi keluar membeli belah dengan siapa asalkan tidak memukul rata semuanya jika hanya sebilangan sahaja yang berperangai aneh.

Sumber dan rujukan

Facebook Gee Ieta, TikTok VIA OMM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *