Membalas Ucapan Deepavali, Bagaimanakah Pandangan Dari Sudut Islam

Posted on

Membalas Ucapan Deepavali, Bagaimanakah Pandangan Dari Sudut Islam, Deepavali atau Diwali merupakan sebuah perayaan yang disambut oleh penganut agama Hindu, yang jatuh pada bulan ketujuh dalam kalendar Hindu bersamaan dengan bulan Oktober atau November.

Ia berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud ‘sebarisan pelita’. Pelita akan dinyalakan pada malam tahun baru untuk meraikan kehadiran dewa mereka mengikut kepercayaannya.

Pelita yang dipasang juga merupakan simbolik kepada kejayaan raja dan dewa mereka yang telah menentang kejahatan.

Antara adat lain yang turut dilakukan bagi memeriahkan perayaan ini ialah rumah yang turut dihiasi dengan lukisan kolam atau terkenal dengan nama rangoli.

Ia merupakan hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang berwarna. Ia akan dibuat di hadapan pintu rumah sebagai tanda selamat dan setiap penghuni rumah akan mendapat kesejahteraan.

Membalas Ucapan Deepavali Kepada Penganutnya

Perayaan ini juga akan dimeriahkan lagi dengan amalan mengunjungi rumah saudara-mara untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan mereka.

Malah, sesetengah daripada mereka akan mengadakan perayaan secara besar-besaran seperti menganjurkan rumah terbuka.

Mereka akan saling mengucapkan ‘Diwali’ sebagai tanda ucapan selamat, namun bagaimana dengan orang bukan Islam apabila mendapat ucapan seperti ini?

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al-Mumtahanah, 60:8)

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpendapat bahawa segala amalan atau perlakuan orang Islam dalam perkara yang berkaitan dengan perayaan bukan Islam yang melibatkan isu akidah, maka ia adalah ditegah.

Namun, jika amalan tersebut hanya dilakukan atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia adalah dibenarkan.

Memberi atau membalas ucapan tahniah terhadap perayaan mereka adalah harus dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama mereka.

Ia juga perlu dielakkan daripada menggunakan simbol atau lambang keagamaan mereka. Adalah lebih baik sekadar mengucapkan tahniah atau terima kasih bagi membalas ucapan yang diberikan mereka.

Malah, menurut Dr Yusuf Al-Qaradawi menyebut harus hukumnya untuk membalas dengan ucapan tahniah atau terima kasih terhadap mereka yangg tidak memusuhi Islam.

Kesimpulan

Islam itu bukan sahaja perlu disebar kalam Allah, tetapi dengan menunjukkan kebaikan melalui perbuatan dan nilai murni.

Islam melarang umatnya tidak bersifat harmoni dan menunjukkan kekerasan kepada kaum lain kerana Islam itu merupakan sebuah agama yang mengamalkan berkasih sayang.

Wallahu a’alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *