Menyesal sendiri Bill elektrik melambung tinggi, lelaki ini ajar 7 cara jimat sehingga 10 peratus

0

Bill elektrik melambung tinggi, ini cara agar lebih jimat

Sakit hati apabila bil elektrik di rumahnya melambung, seorang lelaki membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) di laman Twitter.

Pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Jay menyifatkan perkara itu adalah tidak munasabah bila didapati bil elektrik meningkat daripada kadar biasa yang diterima.

Menurutnya, dia telah bekerja daripada rumah sejak bertahun-tahun bahkan sebelum pandemik dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Sejak lebih lima tahun, aku tinggal dan kerja dari rumah. Tak pernah berubah rutin hidup aku. PKP ke pandemik ke, El Nino ke sepatutnya sama je.

Hantaran itu mendapat perhatian pihak ST dan kakitangan bertugas telah dihantar untuk memeriksa meter elektrik. Walau bagaimanapun, melalui pemeriksaan, meter di rumahnya dikatakan dalam keadaan baik. Jay kemudian diminta untuk mendapatkan kontraktor bagi memeriksa peralatan elektrik di dalam rumah.

“Last-last sendiri menyesal. Lepas dorang datang check, meter semua okay. Bila aku panggil kontraktor pula untuk periksa, rupa-rupanya…….salah sendiri. Aircond kotor teruk, jadi punca elektrik naik.

“Kesian ST, TNB kena hentam. Aku rasa mesti ada yang macam aku juga. Tak faham konsep dan kepentingan penggunaan tenaga secara cekap. Membazir tenaga sampai bil melambung disebabkan salah sendiri. Lepas bagi tahu ST, mereka kongsi beberapa tips penjimatan tenaga yang boleh mengurangkan 5 hingga 10% dari jumlah bil.”

Untuk menjimatkan tenaga, terdapat 3 cara yang boleh dilakukan oleh pengguna iaitu no-cost measure serta medium and high-cost measure. Untuk no-cost measure ini lebih kepada habit kita setiap hari di mana ia tidak melibatkan kos tambahan, tetapi boleh menyumbang kepada penjimatan sebanyak 5-10%. Contohnya:

1. Tutup semua suis setelah digunakan. Jangan tinggalkan peralatan elektrik dalam keadaan mod sedia (standby mode). Ini termasuk TV, komputer dan sebagainya. Peralatan yang ditinggalkan dalam keadaan standby mode sebenarnya masih menggunakan elektrik.

via GIP

2. Tutup modem internet semasa ia tidak digunakan khususnya pada waktu malam.

3. Tutup tingkap dan pintu ketika menggunakan penyaman udara. Ini bagi mengelakkan udara sejuk keluar melalui pintu dan tingkap, seterusnya mempercepatkan proses penyejukan ruang.

4. Tetapkan suhu penyaman udara kepada 24-26 darjah Celcius.

5. Gunakan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi di mana mungkin. Contohnya buka tingkap dan langsir pada waktu siang bagi membolehkan cahaya dan udara dari luar masuk.

6. Basuh dan gosok baju dalam kuantiti yang banyak.

7. Pastikan peralatan elektrik sentiasa dalam keadaan bersih daripada habuk dan kotoran untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Penyelenggaraan peralatan elektrik perlu dilakukan mengikut jadual bagi memastikan kelengkapan elektrik tersebut berfungsi dengan baik. Contohnya cuci penapis udara pada penyaman udara setiap 6 bulan atau setahun sekali

Sumber ; siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *