Neelofa Memohon Semua Pihak Agar Tidak Menerima Khabar Angin Berkenaan Hubungan Beliau Dengan PU Riz

Posted on

Neelofa Memohon Semua Pihak Agar Tidak Menerima Khabar Angin Berkenaan Hubungan Beliau Dengan PU Riz

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Neelofa menafikan khabar angin yang tular di media sosial berkaitan hubungan beliau dengan PU Riz.

Neelofa menafikan yang beliau terkena buatan minyak pengas1h sehingga mahu membelanjakan sejumlah wang yang banyak buat PU Riz dan keluarganya. Beliau juga menafikan satu khabar angin lain yang mengatakan mereka berdua telah berkahwin secara senyap di Kelantan.

“Cerita itu tidak benar sama sekali dan sejujurnya ia merupakan satu tudvhan yang amat b3rat. Alhamdulillah seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik dan kesihatan yang terbaik,” ujar Neelofa.

Neelofa juga memohon semua pihak supaya tidak menerima khabar angin berkenaan bulat-bulat.

Namun dalam kenyataan yang sama, Neelofa mengatakan yang keluarga beliau dan keluarga PU Riz sedang dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian sekaligus mengesahkan wujud konfl1k dalam hubungan mereka kini.

Neelofa turut merakamkan penghargaan kepada keluarga beliau atas sokongan yang berterusan dan berharap perkara ini tidak akan berpanjangan.

Anda dah baca?Apa pula pendapat anda?Jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.

Sumber :ROTIKAYA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *