Niat Solat Asar Rumi Sendirian Dan Berjemaah

Niat Solat Asar Rumi Sendirian Dan Berjemaah Serta Terjemahan

Niat Solat Asar Rumi – Solat Fardu Asar (صلاة عصر) merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam.

Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.

Lafaz Niat Solat Asar Rumi Dan Terjemahan

Niat Solat Asar Rumi Berjemaah:

اُصَلّى فَرْضَ الْعَصْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Ma’muuman Lillahi Taala.

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Niat Solat Asar Rumi Bersendirian:

اُصَلّى فَرْضَ الْعَصْر ِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.

Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.

Waktu Mendirikan Solat Asar

Solat asar boleh ditunaikan sebaik sahaja masuk waktu asar. Pada zaman kini, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mengetahui waktu masuk asar.

Anda boleh gunakan mana-mana aplikasi solat atau mendengar azan asar untuk mengetahui masuk waktu asar.

Rujuk waktu solat: https://www.e-solat.gov.my/

Ringkasan cara mengerjakan Solat Fardu Asar

  • Solat Asar dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala”.
  • Bacaan dalam Solat: Bacalah Doa Iftitah, kemudian Surah al-Fatihah, dan pilih surah atau ayat dari Al-Quran yang lain.
  • Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan menjaga ketenangan dalam setiap gerakan.
  • Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah pilihan. Ikuti dengan rukuk dan sujud.
  • Duduk Tahiyat Awal: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyat awal.
  • Rakaat Ketiga dan Keempat: Berdiri untuk rakaat ketiga dan keempat, bacalah hanya al-Fatihah, ikuti dengan rukuk dan sujud.
  • Tahiyyat Akhir dan Salam: Duduk untuk tahiyyat akhir selepas rakaat keempat dan akhiri solat dengan salam.

Semoga panduan ini dapat memberikan pencerahan buat kita semua.

Baca juga: Niatt Sola Zohor Rumi 

 

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.