Niat Solat Zohor Rumi Berjemaah Dan Sendirian

Niat Solat Asar Rumi Sendirian Dan Berjemaah Serta Terjemahan

Niat Solat Zohor – Solat Zohor adalah merupakan salah satu solat fardhu yang wajib ditunaikan oleh umat Islam.

Ia mempunyai 4 rakaat dan boleh ditunaikan secara bersendirian mahupun berjemaah apabila sudah masuk waktu Zohor.

Solat Zohor boleh ditunaikan sebaik sahaja masuk waktu zohor iaitu, bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya.

Adapun pada umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.

Lafaz niat solat zohor Untuk sendirian Dan Berjemaah:

a) bersendirian

niat solat zohor rumi Sendiri

Usolli fardoz Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.

“Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala”

b) berjemaah

niat solat zohor rumi

niat solat zohor rumi berjmaah

Usolli fardoz Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Ma’muuman Lillahi Ta’ala.

“Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.”

Ringkasan cara mengerjakan Solat Fardu Zohor

  1. Solat Zohor dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala”.
  2. Bacaan dalam Solat: Bacalah Doa Iftitah, kemudian Surah al-Fatihah, dan pilih surah atau ayat dari Al-Quran yang lain.
  3. Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan menjaga ketenangan dalam setiap gerakan.
  4. Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah pilihan. Ikuti dengan rukuk dan sujud.
  5. Duduk Tahiyat Awal: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyat awal.
  6. Rakaat Ketiga dan Keempat: Berdiri untuk rakaat ketiga dan keempat, bacalah hanya al-Fatihah, ikuti dengan rukuk dan sujud.
    Tahiyyat Akhir dan Salam: Duduk untuk tahiyyat akhir selepas rakaat keempat dan akhiri solat dengan salam.

Semoga panduan ini dapat memberikan pencerahan buat kita semua.

Baca juga

Sumber Dan Rujukan

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.